Followers List

Isnin, 31 Ogos 2009

Berbuka, sahur ubi kayu

Oleh Ibrahim Isa
ibrahim@hmetro.com.my




SIMPANG RENGGAM: “Ramadan, Aidilfitri atau hari biasa, bagi kami semuanya sama kerana sudah biasa hidup susah tiada makanan,” kata Jumak Sinari, 54, menceritakan kedaifan keluarganya sejak empat tahun lalu.

Saban hari, dia bersama isteri, Salbiah Md Jamil, 49, dan tiga anak yang kini menumpang di sebidang tanah berhampiran Taman Rekamas di sini, hanya mampu makan nasi dicampur ubi kayu termasuk untuk berbuka puasa dan menyambut Aidilfitri.

Menu mereka hanya berubah jika ada insan prihatin memberikan beras dan lauk.

Jumak berkata, kedaifannya bukan saja menyebabkan dia tidak mampu menyediakan bekalan elektrik dan air, malah tiga anaknya kini tidak bersekolah.



“Sebelum ini, saya bekerja sebagai pengawal keselamatan, tapi secara tiba-tiba kaki kanan sakit hingga akhirnya tidak boleh memakai kasut sejak empat tahun lalu.


“Apabila hanya memakai selipar, majikan mengenakan pelbagai tindakan hingga saya dibuang kerja dan sejak itu hidup kami sekeluarga terumbang-ambing,” katanya.

Menurutnya, selepas dibuang kerja, tiga anaknya, Hanisa, 16, Mohamad Arif, 15 dan Mohamad Arshad, 12, terpaksa berhenti sekolah kerana dia tidak mampu menampung perbelanjaan mereka.

Keluarganya pula terpaksa menumpang tanah orang dengan membina pondok buruk dan menanam ubi kayu.

“Tuan tanah membenarkan kami menumpang dan mengusahakan sedikit tanah untuk menanam ubi kayu dan hasilnya akan dibahagi dua.

“Sehingga kini, itu saja sumber pendapatan kami kerana isteri dan tiga anak tidak bekerja. Tiga anak yang lain sudah berkahwin dan ada menghulurkan bantuan, namun kami faham mereka sendiri menghadapi masalah untuk menyara keluarga masing-masing,” katanya.

Setakat ini, katanya, dia belum pernah meminta bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal kerana tidak tahu caranya.

Salbiah pula berkata, dia pernah ke beberapa agensi kerajaan lain untuk mendapatkan bantuan, namun permohonannya tidak dilayan.

“Saya tak sekolah tinggi, jadi saya tidak tahu macam mana cara nak dapatkan bantuan.

“Hanya baru-baru ini, saya diberitahu boleh mohon bantuan Baitulmal atau JKM tapi tak tahu caranya.

“Sebelum ini saya pernah ke pejabat pihak berkuasa tempatan untuk mohon bantuan tapi saya bukan dibantu tetapi dimarah.

“Berikutan itu, saya berharap sangat pihak yang mempunyai peruntukan dapat membantu kami. Berilah peluang kepada kami meraikan Aidilfitri kali ini seperti orang lain,” katanya.

Tinjauan Harian Metro mendapati keluarga itu menghuni rumah yang tidak sempurna, malah sebahagian kediaman itu tidak mempunyai atap dan dinding, manakala lantai masih berlubang.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

KE ARAH KECEMERLANGAN YANG KONSISTEN


PENCAPAIAN :

INDIVIDU


1. GURU INOVATIF SEK RENDAH 2007 - JOHAN PP
2. GURU CEMERLANG ICT 2007 - JOHAN PP
3. GURU CEMERLANG KOKURIKULUM - JOHAN PP KE KEBANGSAAN
4. GURU CEMERLANG SAINS - KPM
5. GURU CEMERLANG TMK 2009- JOHAN PP KE KEBANGSAAN
6. GURU INOVATIF (INDIVIDU) MOSTI-KPM 2013 - KETIGA


KEJURULATIHAN

2014
1. AEV Final Kebangsaan
2. First Lego League Malaysia Open
3. International Exposition & Education Research
4. NRC Penang State Level

2013

1. AEV PERINGKAT KEBANGSAAN (KELIMA)
2. FIRST LEGO LEAGUE , MALAYSIA OPEN
3. NRC PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG
4. KOREOGRAFER PROGRAM SAITAMA SCHOOL MALAYSIA JAPAN

2012
1. AEV PERINGKAT KEBANGSAAN


2008
1. PIDATO YAYASAN HARAPAN KANAK-KANAK - JOHAN PP
2. PERTANDINGAN EUREKA REEE 2006-2007-JOHAN PP KE KEBANGSAAN
3. MENULIS CERITA HARI GURU - JOHAN (L) & JOHAN (P) PP
4. KIDS WITNESS NEWS ANJURAN PANASONIC

2007- JOHAN PULAU PINANG KE KEBANGSAAN
7. ESEI KEUSAHAWANAN - MECD - NAIB JOHAN KEBANGSAAN