Followers List

Khamis, 11 Mac 2010

Transformasi Pendidikan Bermula 2010

0 ulasan
Salam sejahtera semua....

Saya telah dihubungi oleh BPK untuk satu kursus menjadi JU kepada Tranformasi Kurikulum khas bagi penerapan inovasi & kreativiti dalam P&P. Bunyinya macam berat dan tugas yang besar, tapi rasa terharu juga kerana turut terpilh. Dapatlah saya berjumpa dengan guru-guru pakar seluruh Malaysia. Selalunya medan beginilah kami jadikan tempat untuk berkongsi ilmu dan bertukar pendapat mengenai pendidikan sains.

Berikut adalah petikan daripada Berita Harian berkaitan program yang dirancang oleh Menteri Pelajaran.

KUALA LUMPUR 12 Jun – Kementerian Pelajaran akan melaksanakan transformasi sistem pendidikan bermula 2010 bagi meningkatkan kualiti akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah murid.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, transformasi tersebut akan melibatkan beberapa perubahan dari segi kurikulum dan sistem peperiksaan sekolah.

”Kami akan buat perubahan dari segi kandungan kurikulum supaya ia menjadi lebih menarik dan seronok serta tidak membebankan pelajar.

”Kita nak wujudkan konsep ‘pelajar berlari ke sekolah dan berjalan pulang ke rumah’ sebagai menunjukkan betapa mereka seronok dan teruja untuk menimba ilmu di sekolah,” katanya ketika berucap merasmikan sambutan Hari Guru peringkat daerah Hulu Langat di sini hari ini.

Alimuddin berkata, selain kurikulum, transformasi tersebut juga akan melibatkan perubahan kepada sistem penilaian supaya tidak hanya berasaskan peperiksaan.

Menurutnya, melalui sistem penilaian baru itu, prestasi para pelajar akan dinilai sejak mereka berada di tahun satu lagi.

”Ini bermakna ketika pelajar-pelajar itu menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), peperiksaan mereka melibatkan silibus yang kecil sahaja kerana mereka telah dinilai sejak awal lagi,” jelasnya.

Beliau memberitahu, sistem yang bakal dilaksanakan itu akan menggunakan sistem pengumpulan mata seperti dilaksanakan di universiti.

Menurut Alimuddin lagi, tahun ini sebanyak 50 sekolah telah dipilih sebagai perintis bagi melaksanakan transformasi tersebut dan ia akan diteruskan kepada 500 buah lagi pada tahun hadapan serta ke seluruh negara menjelang 2010.

Beliau berharap, melalui mekanisme transformasi itu, lebih ramai pelajar yang bermutu, berilmu pengetahuan dan berdisiplin dapat dilahirkan menjelang tahun 2020.

”Pelajar-pelajar yang berada di peringkat sekolah sekarang ini akan berusia antara 20 hingga 30 tahun menjelang 2020 dan produktiviti mereka sangat diperlukan untuk memajukan negara,” katanya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

KE ARAH KECEMERLANGAN YANG KONSISTEN


PENCAPAIAN :

INDIVIDU


1. GURU INOVATIF SEK RENDAH 2007 - JOHAN PP
2. GURU CEMERLANG ICT 2007 - JOHAN PP
3. GURU CEMERLANG KOKURIKULUM - JOHAN PP KE KEBANGSAAN
4. GURU CEMERLANG SAINS - KPM
5. GURU CEMERLANG TMK 2009- JOHAN PP KE KEBANGSAAN
6. GURU INOVATIF (INDIVIDU) MOSTI-KPM 2013 - KETIGA


KEJURULATIHAN

2014
1. AEV Final Kebangsaan
2. First Lego League Malaysia Open
3. International Exposition & Education Research
4. NRC Penang State Level

2013

1. AEV PERINGKAT KEBANGSAAN (KELIMA)
2. FIRST LEGO LEAGUE , MALAYSIA OPEN
3. NRC PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG
4. KOREOGRAFER PROGRAM SAITAMA SCHOOL MALAYSIA JAPAN

2012
1. AEV PERINGKAT KEBANGSAAN


2008
1. PIDATO YAYASAN HARAPAN KANAK-KANAK - JOHAN PP
2. PERTANDINGAN EUREKA REEE 2006-2007-JOHAN PP KE KEBANGSAAN
3. MENULIS CERITA HARI GURU - JOHAN (L) & JOHAN (P) PP
4. KIDS WITNESS NEWS ANJURAN PANASONIC

2007- JOHAN PULAU PINANG KE KEBANGSAAN
7. ESEI KEUSAHAWANAN - MECD - NAIB JOHAN KEBANGSAAN