Followers List

Rabu, 18 Mac 2009

PEKA Science Year Six- Free Questions

2 ulasan
Salam Ziarah!

Berikut saya sertakan beberapa contoh menguji KPS dan KMS kepada murid tahun 6 yang boleh guru-guru gunakan untuk menjalankan pentaksiran Sains. Semua KPS dan KMS telah dilabelkan mengikut kehendak pentaksiran. Mudah, senang dan tepat. Untuk Sampel 1 gunakan (zazolnizam) sebagai password, manakala sampel berikutnya tanpa password. Ianya percuma , dari guru untuk guru-guru kepada anak didik.

Saya telah mengeditnya terpulang kepada guru-guru untuk menggunakannya. Terlupa satu perkara, saya menggunakan office 2007. Jadi guru-guru juga perlu membukanya menggunakan office 2007.


1. Sampel Peka 1/Year Six

2. Sampel Peka 2/ year Six

3. Sampel Peka 3/ year Six

4. Sampel Peka 4/ year Six

5. Sampel Peka 5/ year Six

6. Sampel Peka 6/ year Six

7. Sampel Peka 7/ year Six




Selasa, 17 Mac 2009

Markah Sains UPTP1/2009 Tahun 6 Bestari

0 ulasan
Berikut adalah markah Sains UPTP 1/2009

Analisa:
41 orang pelajar kelas 6 bestari menunjukkan Gred Purata yang meningkat. TOV mereka pada GP 2.80 kepada 2.63. Kebanyakan murid masih lemah menjawab soalan bahagian b.

Berdasarkan analisa, murid berada dalam purata gred B dan C. Namun peningkatan kualiti apabila ada murid yang telah mencapai A berbanding sebelumnya. Bilangan gagal meningkat dari seorang kepada dua kerana JSI (Jadual Spesifik Item) tidak disediakan oleh pihak penyedia soalan. Guru telah membuat diagnostik kelemahan murid, kemahiran KPS akan diulang semula dengan pendekatan yang bersesuaian dengan aras murid. Guru juga akan memastikan murid akan habis mengulangkaji topik tahun 4 dan 5 sebelum Mei bermula.

1. Abdul Hadi = 60; B
2. Afiq Anas = 68; B
3. Ahmad Najmi = 74; B
4. Amir Shahizat = 64; B
5. Daniel Syafiq=46;C
6.Mohamad Syafiq Syakirin=62;B
7.Mohammad Izwan Affandi =42;C
8.Mohammad Ridzuan =52;C
9.Mohd Luqman Afifi =68;B
10.Mohd Luqman Hanafi=58;C
11.Mohd Zarif Ikhmal=70;B
12.Muhammad Afiq Denial=62;B
13.Muhammad Arieff=66;B
14.Muhammad Erhan Afiq=52;C
15.Muhammad Hafiz=66;B
16.Muhammad Solihin=72;B
17.Muhammad Syafiq=40;C
18.Muhd Kamarul Nazmi=50;C
19.Saiful Naim=64;B
20.Ain Syafiqah=50;C
21.Ainin Sofiya=44;C
22.Amira Nabila=46;C
23.Amirah Syazwani=46;C
24.Huda=86;A
25.Intan Syahirah Qasrina=54;C
26.Liyana Sakinah=40;C
27.Nadiatul Akmar=44;C
28.Nisatul Faizah=42;C
29.Nor Zalifah=64;B
30.Nur Aqilah=30;C
31.Nur Diyana=52;C
32.Nur Insyirah=40;C
33.Nur Izzi=62;B
34.Nur Nabilah=52;C
35.Nur Syahirah=58;C
36.Nur Syazwani=42;C
37.Nurul Amira=30;D
38.Puteri Saidatul Nafisah=42;C
39.Siti Ayu Suffina=62;B
40.Siti Farehah=44;C
41.Siti Sarah=52;C

Sabtu, 14 Mac 2009

Strategi Mengajar Sains Sekolah Rendah

2 ulasan


Berikut adalah petikan Kertas Kerja yang boleh kita gunakan sebagai rujukan dan penghayatan dalam tugas sebagai guru Sains. Insyaallah.





Strategi Mengajar Sains Sekolah Rendah

Oleh: Prof. Madya Dr. Salihan Siais, Timbalan Pengarah, Pusat Pengajian Jarak Jauh, Universiti Putra Malaysia

Kertas kerja yang dibentangkan semasa Konvensyen Pendidikan Sains dan Matematik Sekolah Rendah Luar bandar, Negeri Sembilan Darul Khusus

PENDAHULUAN

Sebagai pendahuluannya, mari kita renung dan teliti dua ungkapan yang berkaitan dengan tugas sebagai seorang guru diberikan seperti berikut:

``Mengajar atau menjadi guru merupakan satu tugas yang sangat mulia, murni dan menguntungkan. ia merupakan satu tugas yang boleh dan menjamin ke arah membawa seorang itu masuk syurga.....''

``Tiada seorang guru yang paling unggul, berkesan dalam mengajar, dan mempunyai sikap yang luhur di permukaan bumi ini, melainkan Nabi Muhammad s.s.w. Dalam semua aspek pengajaran, baik dari segi bahan, teknik penyampaian, sikap mahupun sifat-sifatnya boleh dijadikan teladan oleh semua ummah di dunia ini untuk menghasilkan pengajaran berkesan.''

Maksud Mengajar

mengajar sebenarnya bermaksud menyampaikan ilmu pengetahuan maklumat, memberi galakan, membimbing, memberi dan meningkatkan kemahiran, meningkatkan keyakinan, menanam nilai-nilai murni dan luhur kepada para pelajar yang belum mengetahui.

Ia bukan sekadar menyampaikan maklumat atau bahan pengajaran dalam sebuah kelas. lebih mendukacitakan lagi jika proses mengajar dianggap sekadar menyampai maklumat dan menghabiskan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan dalam kurikulum.

Proses mengajar mempunyai konsep yang sangat luas, ia bertujuan untuk menjadikan seseorang individu itu lebih bertanggungjawab dan mampu menjana fikirannya untuk terus bahagia dan berjaya mengatasi cabaran yang akan dihadapai. Ini hanya akan dicapai sekiranya proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan mencapai tahap pengajaran berkesan.

Siapa itu Guru?

Orang yang mengajar dikenali sebagai guru. Perkataan guru adalah hasil gabungan dua suku kata iaitu `Gur' dan `Ru'.

Dalam bahasa jawa, Gu diambil daripada perkataan gugu bermakna boleh dipercayai manakala Ru diambil daripada perkataan tiru yang bermaksud boleh diteladani atau dicontohi. Oleh itu, GURU bermaksud seorang yang boleh ditiru perkataannya, perbuatannya, tingkah lakunya, pakaiannya, amalannya dan boleh dipercayai bermaksud keamanahan yang dipertanggungjawabkan kepadanya untuk dilakukan dengan jujur.

Peranan dan Tugas Mengajar

Setiap guru seharusnya mengetahui peranan dan tugas mereka secara terperinci jika mereka ingin berusaha melakukan dan menghasilkan pengajaran yang berkesan.

Di antara tugas seorang guru ialah

  1. menyampaikan ilmu pengetahuan
  2. menyampaikan maklumat
  3. menyampai dan
  4. memberi kemahiran serta
  5. memupuk nilai-nilai murni dan luhur sebagaimana yang telah disebutkan di atas.

Manakala peranan guru pula ialah sebagai pembimbing, pendidik, pembaharu, contoh dan teladan, pencari dan penyelidik, penasihat dan kaunselor, pencipta dan pereka, pencerita dan pelakon, penggalak dan perangsang, pengilham cita-cita, pengurus dan perancang, penilai, pemerhati, rakan dan kawan pelajar, doktor dan pengubat, penguat kuasa, pemberi petunjuk orang yang berwibawa dan sebagainya.

Jelas menunjukkan bahawa menjadi seorang guru merupakan satu tugas dan peranan yang agak berat.

Sebenarnya, jika anda anggap tugas itu berat, maka beratlah ia. Jika anda terima ia sebagai satu cabaran dengan cara yang positif, maka mudahlah ia.

Pengajaran Sains Berkesan

Pengajaran berkesan ialah proses mengajar yang menghasilkan proses pembelajaran yang berkesan di kalangan pelajar yang menghasilkan proses pengajaran tersebut.

Ia dapat mengubah tingkah laku, membina dan mengembangkan aspek rohani, minda serta jasad pelajar.

Dalam bahasa yang mudah, pelajar berasa seronok, bertambah minat, faham, menghayati bahan yang diajar, meningkat kemahiran dalam aspek kognitif dan manipulasi mereka serta dapat melakukan aktiviti yang berkaitan dengan proses pengajaran yang telah dijalani. Selanjutnya, pelajar lulus cemerlang dalam peperiksaan yang dijalani.

Pada asasnya, pengajaran berkesan bergantung kepada:

a. Kepakaran guru terhadap bahan pengajaran,

b. Keperluan bahan pengajaran

c. Pedagogi dan strategi atau kaedah pengajaran

d. Kemahiran berkomunikasi.

Di samping itu, terdapat pelbagai faktor lain yang boleh menyumbangkan ke arah pengajaran guru berkesan. Ini termasuklah:

1. Matlamat dan sasaran pengajaran guru setiap hari.

2. Matlamat dan sasaran pencapaian akademik sekolah

3. Sikap guru dan sikap pentadbir sekolah

4. Kemahiran guru dan kemahiran pentadbir sekolah.

5. Motivasi guru dan motivasi pentadbir sekolah.

6. Misi dan visi guru dan misi dan visi pentadbir sekolah.

7. Etika guru dan etika pentadbir sekolah.

8. Keadaan dan suasana persekitaran sekolah.

9. Kemahiran berkomunikasi guru dan pentadbir sekolah.

10. Pemikiran guru dan pemikiran pentadbir sekolah.

11. Keikhlasan guru dan pentadbir sekolah ketika melakukan pekerjaan juga turut mempunyai saham yang penting ke arah keberkesanan pengajaran guru berkesan.

Di samping faktor yang disebutkan di atas tadi, faktor pelajar juga boleh mempengaruhi dan menyumbangkan ke arah pengajaran guru berkesan.

Jika terdapat seorang guru yang mengajar dengan cara yang berkesan dalam sebuah kelas tetapi pelajar yang mengikuti pengajarannya tidak tahu peranan mereka sebagai pelajar yang berkesan, maka usaha tersebut akhirnya akan sia-sia sahaja.

Persoalannya sekarang, bagaimanakah dan apakah usaha yang perlu dilakukan dan dilaksanakan agar kita dapat mewujudkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri seperti disebutkan di atas?.... Bincanglah secara kumpulan dengan rakan-rakan guru.


Syarat Utama mengajar Sains Berkesan

Terdapat beberapa syarat utama yang perlu diketahui oleh seorang guru untuk menghasilkan pengajaran sains berkesan,. Syarat tersebut ialah:`

1. Mengetahui peranan, tanggungjawab dan tugas mereka sebagai seorang pengajar.

2. Mempunyai rasa empati yang tinggi terhadap pelajarnya.

3. Bersifat amanah, ikhlas dan jujur terhadap tugas yang diberikan.

4. Mempunyai sikap ingin membantu dan menolong orang lain.

5. Mempunyai sikap mengambil berat terhadap orang lain.

6. Mempunyai sikap bertimbang rasa dan jujur.

7. Menyedari dan mengetahui harapan para pelajar di bawah bimbingannya.

8. Berusaha mendapat kepercayaan yang tinggi terhadap dirinya di kalangan para pelajarnya.

9. Berusaha mewujudkan suasana yang menarik dan memberangsangkan dengan pelajar.

10. Berusaha mewujudkan suasana dan hubungan yang akrab dengan pelajar.

11. Berusaha mewujudkan suasana yang menarik di kalangan pelajar.

12. Mewujudkan hubungan yang mesra dengan semua pelajar.

13. Mempunyai hubungan yang rapor dan rapat dengan pelajar.

14. Mempunyai sikap suka mendengar.

15. mempunyai sikap humor ketika bersama pelajar.

16. Mempunyai daya penarik yang menakjubkan.

17. Mempunyai fikiran yang terbuka dan positif.

18. mempunyai kemahiran dalam bidang yang diajar.

19. Mempunyai kepakaran dam bidang teknik mengajar.

20. Mempunyai kepakaran berkomunikasi.

21. Mempunyai pengetahuan tentang kemanusiaan.

22. Mempunyai pegangan hidup semua orang boleh berjaya jika diberi bimbingan yang mencukupi.

23. Sentiasa berusaha meningkatkan kepakaran dan kemahiran yang berkaitan tugasannya.

24. Mempunyai kepercayaan dan pegangan hidup bahawa kejayaan boleh dicapai setelah berusaha.

25. Selalu berdoa untuk diri dan pelajarnya.

26. Sentiasa bertawakal kepada Allah.

Kaedah Mengajar Sains Di Sekolah Rendah Berkesan

Seorang pengajar boleh menggunakan beberapa kaedah mengajar sama ada secara berasingan atau gabungan pelbagai kaedah semasa mengajar. pemilihan kaedah atau gabungan kaedah yang dilaksanakan bergantung kepada pelajar yang diajar, bahan pembelajaran dan kemudahan media yang tersedia.

Ia juga bergantung kepada kefahaman, kebolehan dan kemahiran pengajar mengenai kaedah yang akan digunakan.

Berikut diberikan penerangan ringkas di antara kaedah-kaedah mengajar yang boleh dipilih dan digunakan, iaitu:

1. Kaedah heuristik

Dalam kaedah ini, pelajar dibimbing untuk membuat penemuan sendiri bahan-bahan pembelajaran dan menggunakan konsep dalam latihan. peranan guru menjadi pembimbing, penasihat, pakar rujuk dan penilai.

2. Kaedah induktif.

kaedah ini menggunakan pendekatan bermula daripada bahan pengajaran yang konkrit dan abstrak, khusus kepada umum dan daripada contoh kepada hukum am. kebenaran universal dibuktikan daripada ciri-ciri satu kes dan beberapa kes lain yang serupa.

3. kaedah deduktif.

ia berlawanan dengan kaedah induktif iaitu pelajar bermula daripada aspek umum kepada khusus, abstrak kepada konkrit dan formula kepada contoh.

4. kaedah Dogmatik

Bahan pembelajaran dibentangkan mengikut hukum, prinsip dan formula. latihan diberi untuk pelajar menggunakan hukum, prinsip atau formula itu dalam situasi yang berperingkat.

5. Kaedah projek.

pelajar dikehendaki menyiapkan projek khas yang dipilih mengikut bimbingan dan panduan pengajar. Peranan guru ditambah sebagai penasihat, pakar rujuk dan penilai.

6. Kaedah amali.

Pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran atau eksperimen atau kajian mengikut arahan yang diberi dengan menggunakan bahan-bahan yang disediakan oleh guru. peranan guru sebagai pembimbing, penunjuk ajar, penasihat, pakar rujuk dan penilai.

7. Kaedah Lawatan.

Pengajar mengatur supaya pelajar melawat ke tempat tertentu (di luar bilik darjah) dengan bahan pembelajaran boleh didapati dan dikaji dengan mudah.

8. Kaedah Sintesis.

pelajar bermula daripada apa yang diketahui kepada apa yang belum diketahui. berdasarkan data yang ada, pelajar merumus kesimpulan.

9. Kaedah Topik

Pengajar membentangkan isi pelajaran mengikut topik sehingga lengkap, sekali gus menghubungkaitkan dengan topik-topik berkaitan.

10. Kaedah Simulasi

Kaedah berlakon. Dalam kaedah ini, pengajar menetapkan peranan dan situasi untuk pelajar terlibat dalam aktiviti pembelajaran sebagai individu lain. Dengan cara ini, pelajar berpengalaman menjalankan peranan bukan sebagai pelajar sahaja, bahkan ia dapat mengalami sendiri peranan yang mereka boleh mainkan.

keberkesanannya bergantung kepada kebolehan dan kefahaman peranan yang dimainkan itu.

11. Kaedah Cerita

Pengajar membentangkan bahan pembelajaran dalam bentuk cerita yang boleh meningkatkan minat dan motivasi pelajar.

12. kaedah perbincangan

Pengajar membimbing pelajar untuk menjalankan perbincangan sama ada dalam kumpulan besar atau pun kumpulan kecil selepas ditugaskan membuat rujukan atau kajian.

13. kaedah Modular

Bahan pembelajaran didedahkan mengikut pelbagai teknik dan cara. Sepanjang proses pengajaran kaedah ini, pelajar dikehendaki menjalankan pelbagai aktiviti seperti membuat latihan , menyelesaikan masalah dan menjawab soalan mengenai bahan itu. Pada akhir pembelajaran pelajar mengambil ujian untuk menentukan tahap kefahaman dan penguasaan.

14. kaedah soal jawab

Pengajar mengemukakan soalan untuk dijawab oleh pelajar di mana jawapan itu dibina sebagai isi pelajaran yang lengkap.

Semua kaedah yang disebutkan di atas , dikemukakan bertujuan mempelbagaikan kaedah pengajaran guru dan seterusnya untuk meningkatkan kemahiran sains di kalangan pelajar dalam aspek-aspek sains berikut:

1. Melakukan eksperimen

2. Mengawal pemboleh ubah bagi sesuatu eksperimen

3. Membuat pemerhatian/pengamatan

4. Mengenal pasti perubahan

5. Mengenal pasti perbezaan

6. Mengenal pasti kesamaan

7. Membuat perbandingan

8. Mencatat data

9. Mengolah/memproses data

10. Meramal berdasarkan data

11. Mengingat kembali fakta

12. Membuat kesimpulan

13. Mentafsir data dan maklumat

14. Membuat hipotesis

15. Membuat inferens

16. Membuat laporan (berkomunikasi)

17. Menggunakan konsep

18. Memberi alasan/sebab

19. Melukis rajah

20. Melabel rajah

21. Mengguna peralatan/bahan sains dengan betul

22. Menyimpan peralatan/bahan sains dengan betul

23. Membersihkan peralatan/bahan sains dengan betul

Sebagaimana yang telah ditetapkan dalam kurikulum sains untuk menghadapi UPSR Kementerian Pendidikan Malaysia.

Persediaan Pengajaran

1. Sediakan tajuk pengajaran

2. sediakan bahan pengajaran secara terperinci, terutamanya mengenai:

  1. Apakah konsep penting dalam tajuk
  2. Apakah isi-si penting
  3. Apakah kata kunci yang perlu diingat oleh pelajar berkaitan tajuk
  4. Rajah dan alat bantu ajar (transparensi/carta rajah)
  5. Gambar-gambar yang boleh ditunjukkan
  6. Contoh yang berkaitan
  7. kesimpulan yang disampaikan

3. Fikir, sediakan dan susun urutan kaedah persembahan, terutamanya tentang:

  1. Induksi set
  2. kaedah interaksi
  3. Soalan yang perlu dikemukakan sepanjang persembahan

Isnin, 9 Mac 2009

Latihan Tarian untuk KAGUM

1 ulasan
Saya diamanahkan menjadi kareografer untuk pasukan tarian Institut Perguruan Tuanku Bainun (IPTB) yang akan menyertai pertandingan kategori tarian tradisional antara IPG di Bandar Penawar, Johor. Saya memilih untuk memilih tarian joget dengan lagu Joget Serampang Pantai.

Berikut adalah beberapa gambar untuk tatapan.













Sabtu, 7 Mac 2009

Markah Sains UPTP1/2009 Tahun 6

0 ulasan
Berikut adalah markah sains bagi murid-murid tahun 6 Amanah untuk UPTP 1/2009.

Bukan sekarang ye.... sebentar lagi.

1. Muhd Ariessa Bin Nordin --> Markah 80. Gred = A
2. Nurul Syahirah Bt Mohd Nazri --> Markah 76. Gred =B
3. Ahmad Widad Bin Zainoddin --> Markah 84. Gred =A
4. Siti Nur Atiqah Bt Md Sobri --> Markah 56. Gred = C
5. Mohd Redhuan Bin Hamidon --> Markah 70. Gred = B
6. Nurul Hani Asyiqin Bt Hanafi --> Markah 78. Gred = B
7. Najwa Afifah Bt Muhd Ibrizi --> Markah 84. Gred = A
8. Nur Jannatul Irfana Bt Rafi Ahmad --> Markah 76. Gred = A
9. Muhammad Ammar Yassier B Abd Hamid --> Markah 66. Gred = B
10. Nurain Natasha Bt Abd Hamid --> Markah 62. Gred =B
11. Muhammad Amirudddin B Azizi --> Markah 76. Gred = B
12. Ihsan Bin Nasran --> Markah 76. Gred=B
13. Sy Nur Sakinah Bt Tuan Besar --> Markah 70. Gred B


yang lain sabar yerr

Rabu, 4 Mac 2009

Anugerah Guru Dalam TMK 2009

2 ulasan


Syukur ke hadrat Ilahi, pagi tadi tepat jam 8.25 pagi penilaian untuk Anugerah Guru dalamn TMK peringkat kebangsaan terhadap saya berjalan dengan lancarnya. Barisan panel penilai seramai 5 orang hadir ditemani 2 orang pegawai dari Unit ICT Pulau Pinang menjalankan penilaian terhadap penganugerahan tersebut.

Selaku orang yang dinilai, saya menyediakan profil penganugerahan ini mengikut instrumen yang diberikan. Banyak juga persediaan yang telah dijalankan. Penganugerahan ini terbahagi kepada 2 bahagian:
i. Amalan TMK dalam proses PnP
ii. Bahan Pengajaran Pembelajaran Hasilan Guru

Sudah namanya penilaian peringkat kebangsaan, maka hari ini saya melalui hari yang amat penting dan perlu berhati-hati menjawab soalan yang dikemukakan. Sesi penilaian bermula dengan panel penilai melihat profil dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang telah saya susun dan lengkapkan dengan kemas di bilik mesyuarat. Hampir 20 minit mereka menilai bahan yang saya sediakan, barulah mereka memanggil saya untuk sesi pembentangan penganugerahan guru dalam TMK. Saya membentangkan aspek tersebut selama 30 minit. Selepas itu, sesi soal jawab berjalan selama 25 minit. Memang pelbagai soalan diutarakan, alhamdulillah saya menjawabnya dengan lancar. Pada mulanya saya agak gugup juga sebab mereka memang meneliti satu persatu skop penilaian. Setiap skop itu mereka soal dan memerlukan eviden yang menyokong jawapan saya. Alhamdulillah, semua eviden yang mereka perlukan dapat saya buktikan.

Mereka amat berpuas hati dengan sistem fail yang saya sediakan. Mujurlah surat penilaian itu saya dapat pada hari jumaat yang lalu. Jadi saya ada masa selama 4 hari untuk menyiapkan semua kerja-kerja dokumentasi tersebut. Selepas sesi soal jawab selesai, mereka berbincang sesama panel selama 10 minit. Kemudian, saya diminta bersedia untuk satu pengajaran mikro selama 2o minit. Kesian murid-murid saya, hari ini mereka masih dalam UPTP 1. Mahu tidak mahu Ujian Kemahiran Hidup tidak dijalankan dan ditunda selepas pengajaran mikro itu selesai.

Tidak pernah sepanjang saya bergelar sebagai guru, saya dipantau oleh 5 panel penilai. Syukur saya dapat mengatasi perasaan dalam jiwa itu dan hasilnya seperti yang saya tafsirkan semasa sesi pengajaran tersebut. Murid-murid yang memang pintar ini dapat mengikuti pembelajaran seperti yang saya rancangkan. Semasa murid menjalankan latihan secara akses kendiri dan menyediakan practical report menggunakan ppt, saya lihat semua panel penilai menyoal murid-murid saya. Mujurlah semuanya mereka jawab dengan senyuman dan tenang.

Sekali lagi panel penilai berbincang lebih kurang 15 minit. Kemudian saya dipanggil dan mereka bertanyakan apakah hasrat dan sasaran saya dalam bidang TMK untuk masa hadapan. Saya cuba menyakinkan kepada mereka visi dam misi saya dalam bidang TMK ini. Mereka berbangga dengan cita-cita murni saya. Lebih-lebih lagi perkongsian yang saya berikan secara percuma adalah satu kekuatan yang positif panel penilai. Sesi tersebut berlangsung selama 10 minit dan penilaian itu berakhir dengan komentar positif mereka terhadap saya dan saya menyerahkan satu kotak profil lengkap penganugerahan guru dalam TMK kepada ketua panel hakim. Mereka mengucapkan terima kasih kerana kerjasama yang diberikan sepanjang penilaian tersebut.

Saya akhirnya mengucapkan terima kasih atas kesudian mereka menilai saya. Tepat jam 10.50 pagi mereka berangkat pulang selepas berjumpa dengan Tuan Guru Besar. Saya mengiringi mereka hingga ke pintu pagar dan saya berasa amat selesa atas kehadiran panel penilai tadi dan kerisauan di dalam hati itu sebenarnya adalah ilusi yang berjaya dihapuskan.

Terima kasih buat anak didik saya yang memang saya kagum atas pencapai mereka. Lebih-lebih lagi rakan-rakan yang banyak memberi semangat yang tidak putus-putus sebagai pemangkin untuk saya menggagahi sepanjang penilaian ini dijalankan. Begitu juga pihak pentadbiran yang memang memberikan kerjasama yang jitu. Bagi saya kejayaan saya adalah kejayaan kita semua. Terima kasih semua dan doakan saya mencapai keputusan yang baik nanti. Insyaallah.



Ahad, 1 Mac 2009

Science PEKA Year 6

0 ulasan
Tak tahu kat mana nak cari soalan PEKA Sains tahun 6? Saya menyediakannya secara percuma. Satu bahan peka telah diupload untuk kegunaan guru-guru pentaksir menjalankan pentaksiran kepada murid-murid.

Kalau guru-guru Sains lain inginkan koleksi PEKA mereka dikongsi bersama, hantarkan kepada saya terutamanya Pentaksir kawasan, daerah dan negeri.

Klik ikon di bawah untuk mendapatkan fail.


Contoh PEKA 1

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

KE ARAH KECEMERLANGAN YANG KONSISTEN


PENCAPAIAN :

INDIVIDU


1. GURU INOVATIF SEK RENDAH 2007 - JOHAN PP
2. GURU CEMERLANG ICT 2007 - JOHAN PP
3. GURU CEMERLANG KOKURIKULUM - JOHAN PP KE KEBANGSAAN
4. GURU CEMERLANG SAINS - KPM
5. GURU CEMERLANG TMK 2009- JOHAN PP KE KEBANGSAAN
6. GURU INOVATIF (INDIVIDU) MOSTI-KPM 2013 - KETIGA


KEJURULATIHAN

2014
1. AEV Final Kebangsaan
2. First Lego League Malaysia Open
3. International Exposition & Education Research
4. NRC Penang State Level

2013

1. AEV PERINGKAT KEBANGSAAN (KELIMA)
2. FIRST LEGO LEAGUE , MALAYSIA OPEN
3. NRC PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG
4. KOREOGRAFER PROGRAM SAITAMA SCHOOL MALAYSIA JAPAN

2012
1. AEV PERINGKAT KEBANGSAAN


2008
1. PIDATO YAYASAN HARAPAN KANAK-KANAK - JOHAN PP
2. PERTANDINGAN EUREKA REEE 2006-2007-JOHAN PP KE KEBANGSAAN
3. MENULIS CERITA HARI GURU - JOHAN (L) & JOHAN (P) PP
4. KIDS WITNESS NEWS ANJURAN PANASONIC

2007- JOHAN PULAU PINANG KE KEBANGSAAN
7. ESEI KEUSAHAWANAN - MECD - NAIB JOHAN KEBANGSAAN