Pada 7-10 Mei 2013 yang lalu, saya telah menyertai bengkel JU KSSR Sains Tahun Empat. Saban tahun saya mengikuti bengkel ini dan ianya sangat membantu saya mengendalikan bengkel KSSR peringkat negeri nanti.
Seperti tahun-tahun yang lepas, penambahbaikan demi penambahbaikan telah dilakukan oleh pihak BPK dan LPM berkaitan dengan dasar. Antaranya, TMK dan RBT telah dipisahkan dengan sains. Maka tanggung jawab cikgu sains sudah berkurang. Pun begitu, guru sains kena menjalankan Peka seperti biasa dan Kemahiran Proses Sains (KPS) sebagai kandungan dalam Standard Pembelajaran (SP) yang perlu ditaksir. Dua Standard Pembelajaran (SP) baru dimasukkan iaitu fotosintesis dan pewarisan.
Saya agak sedikit terkilan kerana bengkel ini masih tidak melibatkan pihak buku teks. Pada pengamatan saya, pihak buku teks harus sama terlibat memandangkan buku teks yang disediakan harus seiring dengan KSSR itu sendiri. Kita ambil contoh buku teks tahun tiga, terutama bahagian RBT; contoh aktiviti yang diberikan sangat berat berbanding dengan DSK yang dibincangkan semasa bengkel JU KSSR DST tahun lepas.
Dari masa ke masa saya akan memberikan bahan-bahan yang difikirkan perlu untuk perkongsian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan