Followers List

Selasa, 8 September 2009

Tips Menjawab soalan sains - 018/ 2009


سلام زياره سموا

Sains adalah satu matapelajaran yang mencabar sama ada kepada pendidik mahupun murid-murid. Oleh itu di sini diberikan beberapa tips menjawab soalan sains dengan menggunakan bahasa yang mudah dan arahan yang ringkas.

Berikut adalah tips menjawab soalan sains 018-UPSR

  1. Sila pastikan anda menguruskan masa menjawab soalan dengan baik.
  2. Saya mencadangkan jawablah soalan bahagian b terlebih dahulu. Masa yang diperuntukkan ialah 30 minit.
  3. Kemudian baru jawab soalan bahagian a. masa diperuntukkan ialah 45 minit.
  4. Jika ada masa, buatlah semakan berulang kali agar kita dapat memperbetulkan jawapan yang masih keliru.


Perincian tips menjawab soalan Sains bahagian B:

  • Sila tentukan topik mana soalan itu disoal. Ini kerana, isi jawapannya tidak lari daripada tajuk tersebut.
  • Gunakan petikan yang diberikan. Fahamkan petikan dan gariskan kata kunci petikan yang mengandungi pemboleh ubah.
  • Lihat pula rajah rangsangan yang membantu anda mencari pemboleh ubah mahupun dapatan lain.
  • Anda dibenarkan menulis atau menanda ruangan kosong pada kertas jawapan untuk membantu anda menulis maklumat sampingan.
  • Tentukan anda faham soalan yang dikemukakan, gariskan kata kunci soalan dan terus menjawab mengikut teknik yang telah dipelajari.
  • Bagi jawapan seperti tujuan, hipotesis dan kesimpulan, sila semak setiap parameter/ kriteria dan perubahan pemboleh ubah ( sama ada menaik atau menurun wtc/wto. Ini kerana hipotesis yang salah akan menyebabkan jawapan anda turut salah.
  • Tulisan hendaklah kemas dan boleh dibaca oleh pemeriksa. Jangan menulis menggunakan singkatan kelak boleh menyebabkan pemarkahan tidak berpihak kepada anda.

Tips Bahagian A.

  1. Sila baca sebanyak 2 kali soalan. Pertama, baca soalan untuk anda tahu soalan secara keseluruhan. Kedua, baca untuk fahamkan dan gariskan kata kunci soalan.
  2. Tentukan apakah topik yang terlibat dalam soalan tersebut. Jawapan tidak akan lari daripada topik yang disoal.
  3. Buang jawapan yang anda pasti benar-benar salah.
  4. pilihlah jawapan yang paling tepat menngikut kehendak soalan dan bukannya jawapan yang anda tahu.
  5. Tinggalkan soalan yang sukar untuk menjawab soalan berikutnya. Anda boleh menyemak soalan yang sukar itu setelah anda menjawab semua soalan lain.
  6. Tanda setiap soalan pada kertas soalan dan kemudian kertas OMR tanpa perlu menanda kertas OMR dihujung ujian. Kegopohan anda menanda kertas OMR akan menyebabkan anda tersalah tanda pilihan mengikut nombor soalan yang betul.
  7. Semak semua soalan dan jawapan sekali lagi sebelum menghantar jawapan.

سلامت ماجو جاي

اخلاص درڤد

زازولنيزام بين زکاريا



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

KE ARAH KECEMERLANGAN YANG KONSISTEN


PENCAPAIAN :

INDIVIDU


1. GURU INOVATIF SEK RENDAH 2007 - JOHAN PP
2. GURU CEMERLANG ICT 2007 - JOHAN PP
3. GURU CEMERLANG KOKURIKULUM - JOHAN PP KE KEBANGSAAN
4. GURU CEMERLANG SAINS - KPM
5. GURU CEMERLANG TMK 2009- JOHAN PP KE KEBANGSAAN
6. GURU INOVATIF (INDIVIDU) MOSTI-KPM 2013 - KETIGA


KEJURULATIHAN

2014
1. AEV Final Kebangsaan
2. First Lego League Malaysia Open
3. International Exposition & Education Research
4. NRC Penang State Level

2013

1. AEV PERINGKAT KEBANGSAAN (KELIMA)
2. FIRST LEGO LEAGUE , MALAYSIA OPEN
3. NRC PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG
4. KOREOGRAFER PROGRAM SAITAMA SCHOOL MALAYSIA JAPAN

2012
1. AEV PERINGKAT KEBANGSAAN


2008
1. PIDATO YAYASAN HARAPAN KANAK-KANAK - JOHAN PP
2. PERTANDINGAN EUREKA REEE 2006-2007-JOHAN PP KE KEBANGSAAN
3. MENULIS CERITA HARI GURU - JOHAN (L) & JOHAN (P) PP
4. KIDS WITNESS NEWS ANJURAN PANASONIC

2007- JOHAN PULAU PINANG KE KEBANGSAAN
7. ESEI KEUSAHAWANAN - MECD - NAIB JOHAN KEBANGSAAN