Syukur ke hadrat Ilahi, pagi tadi tepat jam 8.25 pagi penilaian untuk Anugerah Guru dalamn TMK peringkat kebangsaan terhadap saya berjalan dengan lancarnya. Barisan panel penilai seramai 5 orang hadir ditemani 2 orang pegawai dari Unit ICT Pulau Pinang menjalankan penilaian terhadap penganugerahan tersebut.
Selaku orang yang dinilai, saya menyediakan profil penganugerahan ini mengikut instrumen yang diberikan. Banyak juga persediaan yang telah dijalankan. Penganugerahan ini terbahagi kepada 2 bahagian:
i. Amalan TMK dalam proses PnP
ii. Bahan Pengajaran Pembelajaran Hasilan Guru
Sudah namanya penilaian peringkat kebangsaan, maka hari ini saya melalui hari yang amat penting dan perlu berhati-hati menjawab soalan yang dikemukakan. Sesi penilaian bermula dengan panel penilai melihat profil dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang telah saya susun dan lengkapkan dengan kemas di bilik mesyuarat. Hampir 20 minit mereka menilai bahan yang saya sediakan, barulah mereka memanggil saya untuk sesi pembentangan penganugerahan guru dalam TMK. Saya membentangkan aspek tersebut selama 30 minit. Selepas itu, sesi soal jawab berjalan selama 25 minit. Memang pelbagai soalan diutarakan, alhamdulillah saya menjawabnya dengan lancar. Pada mulanya saya agak gugup juga sebab mereka memang meneliti satu persatu skop penilaian. Setiap skop itu mereka soal dan memerlukan eviden yang menyokong jawapan saya. Alhamdulillah, semua eviden yang mereka perlukan dapat saya buktikan.
Mereka amat berpuas hati dengan sistem fail yang saya sediakan. Mujurlah surat penilaian itu saya dapat pada hari jumaat yang lalu. Jadi saya ada masa selama 4 hari untuk menyiapkan semua kerja-kerja dokumentasi tersebut. Selepas sesi soal jawab selesai, mereka berbincang sesama panel selama 10 minit. Kemudian, saya diminta bersedia untuk satu pengajaran mikro selama 2o minit. Kesian murid-murid saya, hari ini mereka masih dalam UPTP 1. Mahu tidak mahu Ujian Kemahiran Hidup tidak dijalankan dan ditunda selepas pengajaran mikro itu selesai.
Tidak pernah sepanjang saya bergelar sebagai guru, saya dipantau oleh 5 panel penilai. Syukur saya dapat mengatasi perasaan dalam jiwa itu dan hasilnya seperti yang saya tafsirkan semasa sesi pengajaran tersebut. Murid-murid yang memang pintar ini dapat mengikuti pembelajaran seperti yang saya rancangkan. Semasa murid menjalankan latihan secara akses kendiri dan menyediakan practical report menggunakan ppt, saya lihat semua panel penilai menyoal murid-murid saya. Mujurlah semuanya mereka jawab dengan senyuman dan tenang.
Sekali lagi panel penilai berbincang lebih kurang 15 minit. Kemudian saya dipanggil dan mereka bertanyakan apakah hasrat dan sasaran saya dalam bidang TMK untuk masa hadapan. Saya cuba menyakinkan kepada mereka visi dam misi saya dalam bidang TMK ini. Mereka berbangga dengan cita-cita murni saya. Lebih-lebih lagi perkongsian yang saya berikan secara percuma adalah satu kekuatan yang positif panel penilai. Sesi tersebut berlangsung selama 10 minit dan penilaian itu berakhir dengan komentar positif mereka terhadap saya dan saya menyerahkan satu kotak profil lengkap penganugerahan guru dalam TMK kepada ketua panel hakim. Mereka mengucapkan terima kasih kerana kerjasama yang diberikan sepanjang penilaian tersebut.
Saya akhirnya mengucapkan terima kasih atas kesudian mereka menilai saya. Tepat jam 10.50 pagi mereka berangkat pulang selepas berjumpa dengan Tuan Guru Besar. Saya mengiringi mereka hingga ke pintu pagar dan saya berasa amat selesa atas kehadiran panel penilai tadi dan kerisauan di dalam hati itu sebenarnya adalah ilusi yang berjaya dihapuskan.
Terima kasih buat anak didik saya yang memang saya kagum atas pencapai mereka. Lebih-lebih lagi rakan-rakan yang banyak memberi semangat yang tidak putus-putus sebagai pemangkin untuk saya menggagahi sepanjang penilaian ini dijalankan. Begitu juga pihak pentadbiran yang memang memberikan kerjasama yang jitu. Bagi saya kejayaan saya adalah kejayaan kita semua. Terima kasih semua dan doakan saya mencapai keputusan yang baik nanti. Insyaallah.

2 ulasan:
tahniah... semoga terus cemerlang pada masa akan datang... cikgu sebenar cikgu...
Tahniah Cikgu! Teruskan kecemerlangan Cikgu! Tahniah...!
Catat Ulasan