6 NOV- Hari ini adalah hari 'presentation' untuk calon guru inovatif 2008. Saya merupakan orang yang ketiga membuat persembahan. Persembahan ppt (power point presentation) daripada 8 orang calon yang mengikuti latihan penulisan dan persediaan bagi pertandingan guru inovatif 2008. Bagi saya, kemenangan 2007 menjadi pembakar semangat untuk saya agar terus berjaya dan melakar kejayaan buat tahun 2008 dan mendatang. Banyak pengetahuan baru yang diperolehi di sini terutamanya daripada guru-guru cemerlang seperti Mr. Tan ( YDP Guru Cemerlang Pulau Pinang) Madam Boey dan ramai lagi.
Kali ini saya menampilkan tajuk ' Super Science Project' atau (SSP) buat ketika ini. pembaharuan dan pembaikpulihan akan dilakukan hari demi hari. Bagi saya, R&D amat penting dalam pendidikan. Justeru, terpulang kepada para guru untuk menjadikan kerja murni ini sebagai satu medan menambahkan pengetahuan diri sendiri, sekolah, Jabatan, Kementerian dan masyarakat.
Kebanyakan rakan-rakan mmbantu saya untuk membaiki kualiti SSP saya. Kursus ini amat berguna dan memberikan pengalaman yang bermakna untuk saya baiki pencapaian saya di hari mendatang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan