Followers List

Selasa, 28 Julai 2009

RM3.6j beli alat cegah wabak di sekolah

0 ulasan

JOHOR BAHRU 27 Julai - Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM3.6 juta kepada sekolah di seluruh negara untuk membeli peralatan pencegahan penularan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1).

Pembelian peralatan seperti termometer, penutup mulut dan hidung serta sanitizer itu diluluskan Kementerian Pelajaran dalam mesyuarat Jawatankuasa Induk 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan) minggu lalu.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, peruntukan tersebut akan disalurkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dalam tempoh terdekat untuk diedarkan ke sekolah-sekolah.

''Setiap sekolah akan mendapat satu termometer. Jumlah penutup mulut dan hidung serta sanitizer yang akan diberi itu bergantung kepada jumlah pelajar,'' katanya selepas mendengar taklimat berkenaan H1N1 di JPN Johor di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, kementerian tidak akan menangguhkan peperiksaan biarpun terdapat beberapa sekolah yang terpaksa ditutup akibat wabak tersebut.

Kata beliau, sekiranya sekolah itu dijangkiti H1N1, Lembaga Peperiksaan telah mengatur alternatif untuk mengendalikan peperiksaan berkenaan.

Menurut Ka Siong, kementerian memaklumkan kepada setiap negeri dan dari semasa ke semasa Lembaga Peperiksaan akan menghubungi pihak sekolah termasuk pengawas peperiksaan untuk mengambil langkah sewajarnya termasuk membuka bilik khas.

''Kita awal-awal lagi telah membuat persiapan bagi menghadapi wabak penyakit yang mengancam perjalanan peperiksaan.

''Jika ada pelajar dihantar ke hospital, dia akan dimasukkan ke dalam bilik khas. Pembatalan atau penangguhan peperiksaan adalah jalan terakhir. Kita tidak akan membuat pilihan tersebut seandainya kita dapat lakukan kesemua ini,'' katanya.

Peperiksaan seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan berlangsung 8 hingga 10 September, Penilaian Menengah Rendah (PMR) dari 7 hingga 9 Oktober, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 19 Oktober - 16 Disember, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 19 - 27 Oktober dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dari 18 November hingga 10 Disember.

Sementara itu, Ka Siong memberitahu, mulai hari ini, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Johor Bahru ditutup selama seminggu kerana tiga daripada pelajarnya disyaki positif H1N1.

Sebelum ini, Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru ditutup selama seminggu bermula 24 Julai lalu kerana 59 pelajarnya disyaki menghidap penyakit serupa influenza (ILI).

Utusan Malaysia Online: 28 Julai 2009

Nota Sains UPSR

1 ulasan

Kepada sesiapa yang berminat nak baca nota revisi Sains tahun 6, boleh klik ikon pada sebelah kanan yang tertera.

Untuk mempromosi blog nota tersebut, saya juga link juga di sini .
Harap maklum.




Jumaat, 24 Julai 2009

Bengkel Pelan Tindakan Pelaksanaan Pengajaran Matematik dan sains Tahun 2012

1 ulasan
Salam ziarah semua, pagi tadi saya telah menerima sepucuk surat daripada Bahagian Pendidikan Guru (BPG) Putrajaya untuk hadir ke bengkel seperti tertera di atas. Ia bertujuan untuk merancang pelan tindakan bagi menyediakan guru matematik dan sains mengajar dalam bahasa melayu.

Dalam kekalutan menyediakan murid-murid menghadapi peperiksaan percubaan upsr, sebagai kakitangan kerajaan saya bersedia untuk tujuan itu. Lagi pun boleh jumpa rakan-rakan guru dari negeri lain.

Program ini juga adalah program baru yang akan menggantikan PPSMI yang akan berakhir kelak. Sebagai informasi, kami akan berbengkel seperti maklumat di bawah:


Tarikh : 27-29 Julai 2009 Tempat : Hotel Putra, Kuala Lumpur.

Harapan saya agar perubahan yang dibawa oleh YB menteri kita ini akan menyemarakkan lagi pendidikan sains dan mengangkasakan bahasa melayu.

Rabu, 8 Julai 2009

Kabinet lulus Matematik, Sains dalam Bahasa Melayu

0 ulasan
Petikan dari Berita Harian; Mutakhir

PUTRAJAYA: Kabinet hari ini meluluskan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah kebangsaan dan menengah dilaksanakan dalam Bahasa Melayu berkuatkuasa pada 2012.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pelaksanaannya bermula berperingkat mulai 2012 bagi Tahun Satu dan Tahun Empat, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat.

Beliau berkata, bagi Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil, pengajaran dan pembelajaran dua subjek itu akan dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing.

Serentak itu, katanya, kerajaan memutuskan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan perlu dimantapkan lagi.

“Pelaksanaan keputusan Kabinet bagi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik ini akan berkuatkuasa pada 2012.

“Ia bermula secara berperingkat dan perubahan ini tidak membabitkan tingkatan enam dan matrikulasi,” katanya pada sidang media khas bagi mengumumkan keputusan Kabinet itu di sini.

Bagi memastikan pelaksanaannya tidak menjejaskan pencapaian murid yang sedang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), Muhyiddin berkata, pengajaran dan peperiksaan kedua-dua mata pelajaran terbabit akan dilaksanakan dalam dwi bahasa sehingga kumpulan terakhir PPSMI tamat pada 2014.

Beliau berkata, kerajaan mengambil keputusan itu selepas meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan berhubung PPSMI, sama ada yang dilaksanakan Kementerian Pelajaran atau badan bebas sejak dasar terbabit mula diperkenalkan pada 2003.

Katanya, hasil kajian itu menunjukkan dasar itu tidak pernah dilaksanakan seperti yang dihasratkan.

“Apa yang dilaksanakan ialah PPSMI/BM, di mana guru mengajar pelajaran Sains dan matematik dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu,” katanya

PPSMI dimansuhkan?

0 ulasan
Petikan dari Utusan Malaysia 8 Julai 2009
Oleh Luqman Haziq, Arif Nizam
Abdullah dan Mohamad Shofi Mat Isa
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 7 Julai – Adakah mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar menggunakan bahasa Melayu?

Jawapan persoalan yang ditunggu-tunggu itu akan terjawab esok apabila keputusan muktamad mengenai dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) diumumkan esok.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual membuat pengumuman itu selepas membentangkan laporan hasil kajian PPSMI dalam mesyuarat Kabinet di Putrajaya.

Beliau juga akan mengemukakan cadangan yang menjadi kata putus tentang masa depan PPSMI - sama ada diteruskan atau dimansuhkan sama sekali.

Satu sidang media akan diadakan bagi mengumumkan keputusan Jemaah Menteri itu di Kementerian Pelajaran pukul 2.30 petang.

Sementara itu, Muhyiddin pada sidang akhbarnya di Pagoh hari ini memberitahu, keputusan mengenai dasar PPSMI tidak dibuat terburu-buru atau atas desakan serta tekanan daripada mana-mana pihak.

‘‘Ia berdasarkan kepentingan pelajar dan pentingnya mempertingkatkan sistem pendidikan negara,’’ katanya selepas melancarkan program Gerak Bakti UPSR AmanahRaya.

Tegas Muhyiddin, apa juga keputusan yang dibuat akan menjadi satu dasar dan tiada sebarang rayuan kerana pihaknya sudah menerima pandangan bertahun-tahun lamanya.

Pihak kementerian juga, katanya, telah membuat pelbagai kajian dan menemui pelbagai hasil dan pendapat.

‘‘Saya akan bentangkan esok di samping itu kita akan melihat ke hadapan bagaimana kita dapat meneruskan usaha memartabatkan Bahasa Kebangsaan dan pada masa sama memperkukuhkan bahasa Inggeris dan itu adalah perkara pokok,’’ katanya.

Muhyiddin berkata, beliau telah menemui kumpulan berkepentingan dalam soal pendidikan menerusi perbincangan serta meja bulat dan kini mendapat gambaran yang jelas mengenai PPSMI.

Mengulas pandangan Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung isu itu, Timbalan Perdana Menteri mengakui menemui bekas Perdana Menteri yang disifatkan sebagai satu proses perbincangan atau musyawarah.

Beliau juga memberitahu telah membentang perkara itu pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO beberapa minggu lalu.

Kajian pelaksanaan PPSMI dilakukan berikutan reaksi pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), para akademik, pencinta bahasa, persatuan pelajar dan ahli-ahli politik.

Kebanyakan pandangan tidak bersetuju dasar tersebut diteruskan kerana selepas enam tahun pelaksanaannya, terdapat petunjuk kemerosotan keputusan peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran.

Bantahan juga menjurus kepada kekhuatiran kedudukan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan akan terjejas selain masalah kekurangan guru yang fasih bahasa Inggeris untuk mengajar kedua-dua mata pelajaran itu.

Sementara itu, Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM), Profesor Datuk Dr. Zainal Kling ketika dihubungi meletakkan harapan yang tinggi terhadap keputusan Kabinet esok.

‘‘Diharap keputusan itu akan menjadi penentu kepada kejayaan konsep 1Malaysia dengan kembali memartabatkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

‘‘Untuk membolehkan hasrat itu menjadi kenyataan, maka PPSMI wajib dimansuhkan dan kembali kepada asal di mana pengajaran di semua peringkat adalah dalam bahasa Melayu,’’ katanya.

Beliau juga yakin pemansuhan PPSMI akan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kesungguhan kerajaan memartabatkan bahasa dan membina bangsa melalui penggunaan Bahasa Kebangsaan yang tunggal.

Zainal juga percaya PPSMI jika dimansuhkan akan memberi keyakinan kepada lulusan universiti untuk mempelajari bahasa asing terutama bahasa Inggeris sebagai nilai tambah bagi menghadapi saingan globalisasi.

Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Ismail Hussein berkata, PPSMI jika diteruskan akan menimbulkan masalah kepada golongan cendekiawan.

Katanya, pelaksanaan PPSMI hanya memberi keselesaan kepada kelompok bandar manakala pelajar luar bandar akan terus tertekan sehingga mewujudkan ketidakseimbangan bagi bangsa Melayu itu sendiri.

Beliau juga bimbang PPSMI jika diteruskan akan menjadikan kelompok di bandar yang sebenarnya minoriti menjadi majoriti dan menguasai segalanya.

“Jika situasi sedemikian berlaku, negara kita akan menjadi negara yang porak peranda akibat bahasa ibunda kita sendiri tidak dimartabatkan tetapi mengagung-agungkan bahasa asing,” jelasnya.

Sabtu, 4 Julai 2009

Science UPSR

0 ulasan


Sample Question SPS ( without table and graph)


Two similar seeds were planted in two pots of the same size. The diagram

below shows the observation after 2 weeks.






a) Give one reason why plant in pot A is bigger than plant in pot B?

…………………………………………………………………………………

[ 1 Mark ]

b) What is to be kept the same ?

………………………………………………………………………………………

[ 1 Mark ]

c) State two things to measure based on the observation.

1. ……………………………………………………………………………………

2. ……………………………………………………………………………………

[ 2 Marks ]

d) Make one conclusion from the fair test.

…………………………………………………………………………………

[ 1 Mark ]



Ahad, 28 Jun 2009

Pertandingan Tarian Sekolah Menengah 2009

0 ulasan




Pada 25 Jun yang lalu, pasukan tarian bimbingan saya SMK Mutiara Impian, telah menyertai pertandingan tarian dalam festival tari peringkat negeri Pulau Pinang di Dewan Utama SK Pokok Sena, Kepala Batas.



Pasukan ini telah mengambil bahagian dalam kedua-dua bahagian. Tahun ini pasukan SMK Mutiara Impian telah berjaya merebut gelaran Johan Keseluruhan dan Johan Tarian Kategori A. Syabas buat semua yang menjayakan. Selaku kareografer, saya berasa amat bangga kerana kebanyakan pasukan lain dilatih oleh kareografer yang memang tarian sebagai 'makanan' mereka sedangkan saya mengajar tarian adalah satu hobi yang menyeronokkan.

Banyak lagi gerak tari dan liuk lentuk penari saya yang perlu diperhalusi. Begitu juga dengan bunga tari dan pola lantai mereka. Semoga saya dapat memberikan komitmen yang secukupnya untuk melatih mereka ke kebangsaan kelak.


Tarian Rampaian: Zapin, Inang dan Joget





Tarian Etnik/Rakyat: Tari Piring





Pasukan SMK Mutiara Impian akan mewakili Pulau Pinang dalam Pertandingan yang sama peringkat kebangsaan pada 18-20 Julai ini di Alor Star, Kedah. Doakan kejayaan kami.

Festival Tari Sekolah Rendah 2009

0 ulasan

Tarian Rampaian: Zapin, Inang dan Joget.



alif, azam, fazrul, basyarul, izham
ratna, natasha, nisatul, lisa, ain



Pada 24hb Jun yang lalu, Kelab Kebudayaan SKPTM telah menghantar pasukan tarian SKPTM untuk menyertai pertandingan tarian di Festival Tari 2009 bertempat di Dewan Utama SK Pokok Sena, Kepala Batas.

Pasukan Kelab Kebudayaan SKPTM telah mengambil bahagian kedua-dua kategori yang dipertandingkan. Rampaian zapin, inang dan joget adalah taruhan yang diketengahkan oleh pasukan SKPTM dalam kategori A. Manakala tarian Jooh Mahmeri pula untuk kategori B.









Tarian Etnik : Tarian Jooh Mahmeri




Syukur alhamdulillah, Pasukan Tarian Kelab Kebudayaan SKPTM mengekalkan keputusan tahun 2008 dengan menduduki tempat ketiga.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang membantu Kelab Kebudayaan untuk menyertai pertandingan ini. Selaku kareografer dan guru penasihat Kelab Kebudayaan, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua penari saya, Pn Markhiyah, Pn Hjh Normila, Cik Kamisah, En Nabil serta mereka-mereka yang memberi sokongan dan perangsang dalam menyediakan pasukan tarian ini. Begitu juga ahli-ahli kelab kebudayaan yang turut sama hadir memberi sokongan bagi memberi semangat kepada pasukan tarian kelab kebudayaan.

Sesungguhnya banyak dugaan dan cabaran terpaksa ditempuhi secara dalam dan luar sepanjang sesi latihan dan pertandingan. Bukan mudah untuk mengangkat budaya sendiri di Pulau Pinang ini, justeru jerih perih bagaimana sekalipun saya serta rakan-rakan Kelab Kebudayaan akan memastikan budaya tari Melayu terus utuh.

Kami memasang tekad untuk mensasarkan gelaran Juara bagi Tahun 2010. Latihan konsisten dan pengurusan penari-penari yang konsisten akan kami lengkapkan lebih awal untuk tujuan itu.


Sabtu, 13 Jun 2009

Jo oh; Segmen 2 Tarian SKPTM

0 ulasan



Pertama kali ke Pulau Carey membuatkan saya betul-betul teruja dengan suku kaum Mahmeri ini. Ye lah ianya suku kaum yang unik dengan lokasinya begitu asing dengan budaya orang asli dalam daerah Kuala Langat, Selangor.

Saya ke sana untuk mencari perhiasan untuk tarian Jooh. Mujurlah Pn Maznah Unyan sanggup membantu menyediakan hiasan tersebut. Lega hati kerana hanya pakaian sahaja yang perlu disiapkan. Dipersekitaran, hanya pokok sawit milik Sime Darby menakluki Kampung Sungai Bumbun. Patutlah ada seorang wanita kaun Mahmeri merungut, mereka kehabisan sumber seperti nipah dan mengkuang. Sepatutnya kerajaan Selangor lakukanlah sesuatu untuk mengembalikan persekitaran semulajadi kepada mereka.

Bercakap mengenai suku kaum Mahmeri ini, mereka lebih ramah berbanding suku kaum asli yang lain. Yang saya jumpa di pahang dan tapah, nak tengur orang pun payah. Mereka di sini mudah untuk mengukir senyuman.



Setelah mendapat semua hiasan tersebut, saya beransur pulang dengan gembiranya. Sempat juga bergambar Puan Maznah Unyan. Hehehe... Nanti saya akan up load tarian lengkap Masyarakat Mahmeri ini. Ingat ...hanya tarian Jooh. Sebab kami tidak dibenarkan menarikan tarian topeng moyang bojos.

Isnin, 1 Jun 2009

Ahad, 24 Mei 2009

Markah UPTP 2 / 6 Amanah

0 ulasan


Berikut adalah markah UPTP 2 Sains.

Cuba anda bandingkan pencapaian anda dengan sasaran UPSR anda. Bolehkah ianya tercapai?
Semuanya terletak ditangan anda.

.

Sabtu, 23 Mei 2009

Jom Gempur Portal Zoom A

1 ulasan




Buat anak didik Tahun 6, sila gunakan kemudahan yang disediakan percuma untuk anda dalam Portal Zoom A. Pendek kata, ziarah dulu portal ini kemudian nyatakan pada cikgu apakah kemudahannya.

Selaku penyelaras tahun 6, saya diamanahkan untuk menguruskan program ini. Jadi, sila dapatkan id dan pswd anda terus kepada saya. Cikgu telah mendaftarkan anda secara automatik. Sekarang terserahlah kepada anda untuk menggunakannya.

Info awal, portal ini menyediakan bank soalan yang boleh dijawab secara maya dengan penskoran secara automatik. Ia boleh digunakan sebagai satu bahan pembelajaran tambahan. Jadi, silalah manfaatkan program ini.

Ingat ambil id dan pswd dahulu....

Jom ramai-ramai semarakkan Zoom A!

Khamis, 21 Mei 2009

Selamat Hari Guru 2009

0 ulasan


Selamat Menyambut Hari Guru 2009. Walaupun nampaknyer macam dah basi tapi ini saja kesempatan yang saya ada. Mana tak nyer, Khamis 14 Mei; saya ade jemputan ceramah teknik menjawab soalan sains di Sk Sg Bakap. 15 Mei petang, ceramah di SK Bukit Minyak, Bukit Mertajam. Habis je ceramah terus check in di Vistana Hotel untuk Bengkel Kemahiran Insaniah untuk Tenaga Pengajar Kokurikulum, Universiti Sains Malaysia.

Bengkel tu sangat bagus, sesi perbengkelan dilaksanakan oleh Professor Madya Dr. Mohammad Shatar Sabran, Pengarah Pusat Kokurikulum UPM. Jika pendidikan di sekolah kita diminta mengaplikasikan kecerdasan pelbagai untuk murid-murid kita. Tapi Kemahiran Insaniah (KI) ini menekankan bagaimana untuk menghasilkan pelajar yang mempunyai karisma pelbagai untuk diketengahkan dalam pasaran kerja.

Hari sabtu tu sibuklah jugak. Mana nak beri perhatian kepada bengkel lagi dan dalam masa yang sama kesibukan membalas dan menghantar sms Selamat Hari Guru. Bengkel ini habis pada petang ahad.

Hari terakhir tu dah rasa nak demam dah. Terus bergerak balik ke rumah. Isnin tu saya pergi juga sekolah. Tak Larat pun, buat-buatlah larat. But selasa, dah bangun dah siap pakai baju nak pergi kerja...hati ni tekad rasa macam tak mau teruskan. terus sms PK 1, beritahu MC.

Sepanjang hari rehat je lah. But, petang tu pergi gak sekolah ajar tarian sebab dah janji dengan pelajar. Hari Rabu saya kembali bertugas.

Khamis sibuk dengan persediaan LDP hari Jumaat petang. Sampailah waktu ini.
Pendek cerita itulah jadual mingguan saya sebagai guru.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua guru-guru saya.

Antara yang masih kukuh di hati, Cikgu Shahrizat( cgu tahun 1-5), cikgu ramli (guru sangat ambil berat tentang saya dan keluarga saya, kira adik2 saya lepas tu semua dia kenal ler), Cikgu Aida, Puan Norma, Pn Hjh Sarina serta guru-guru yang pernah mengajar saya secara formal atau tidak.

Juga buat rakan-rakan guru, insan yang memberikan pengajaran yang bermakna dalam hidup ini serta bakal-bakal guru.

Ucapan, " Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain".

Selamat Hari Guru .....!


Isnin, 11 Mei 2009

Kursus Ptaksiran di IAB Jitra

0 ulasan


Pada 3-7 Mei yang lepas saya telah mengikuti Kursus Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang julung kali dianjurkan oleh IAB. Selalunya kursus yang dianjurkan oleh IAB hanya melibatkan pengetua dan guru besar. Kini, saya dapatlah merasai kursus di IAB walaupun bukan berstatus pengetua dan guru besar.

Apa yang ada pada Pentaksiran Berasaskan Sekolah?

Banyak manfaatnya tuan-tuan dan puan-puan bagi kami yangn menghadiri kursus ini. Kami didedahkan serta berbengkel setiap slot di bawah. Antaranya ialah :

1. Memahami Konsep dan Proses Pentaksiran Berasaskan Sekolah
2. Pentaksiran Alternatif
3. Analisis Item dan Bank Item
4. Pembinaan JSI dan Item Ujian
5. Headcount
6. Pentaksiran Domain Afektif dan Psikomotor

Semua sesi pembentangan dan perbengkelan telah dikendalikan oleh Dr. Hj. Abdul Zubir dan Pn. Noriza. Bagus mereka tu. banyak pengalaman dan ilmu yang dikongsikan bersama. Rakan kursus juga sangat bersemangat dan bekerjasama.

Moga kursus ini mampu memberikan kita impak yang berguna jika SPPK digunapakai menggantikan orentasi peperiksaan 100% suatu hari nanti.

Selasa, 5 Mei 2009

Pentaksiran Berasaskan Sekolah

0 ulasan




Pentaksiran Berasaskan Sekolah adalah satu hasrat penilaian prestasi pelajar yang telah diguna pakai oleh kebanyakan negara-negara maju. Malaysia sebuah negara membangun merencanakan kaedah PBS ini untuk diterima pakai sejajar dengan hasrat KPM kini yang mahukan 70% penilaian murid menggunakan kaedah PBS dan 30% melalui peperiksaan.

Jesteru, kehadiran saya dalam Kursus PBS di IAB Jitra mulai 3-7 Mei ini diharapkan dapat membantu saya, rakan guru, ibu bapa dan murid-murid melestarikan paradigma pendidikan ke tahap yang sewajarnya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

KE ARAH KECEMERLANGAN YANG KONSISTEN


PENCAPAIAN :

INDIVIDU


1. GURU INOVATIF SEK RENDAH 2007 - JOHAN PP
2. GURU CEMERLANG ICT 2007 - JOHAN PP
3. GURU CEMERLANG KOKURIKULUM - JOHAN PP KE KEBANGSAAN
4. GURU CEMERLANG SAINS - KPM
5. GURU CEMERLANG TMK 2009- JOHAN PP KE KEBANGSAAN
6. GURU INOVATIF (INDIVIDU) MOSTI-KPM 2013 - KETIGA


KEJURULATIHAN

2014
1. AEV Final Kebangsaan
2. First Lego League Malaysia Open
3. International Exposition & Education Research
4. NRC Penang State Level

2013

1. AEV PERINGKAT KEBANGSAAN (KELIMA)
2. FIRST LEGO LEAGUE , MALAYSIA OPEN
3. NRC PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG
4. KOREOGRAFER PROGRAM SAITAMA SCHOOL MALAYSIA JAPAN

2012
1. AEV PERINGKAT KEBANGSAAN


2008
1. PIDATO YAYASAN HARAPAN KANAK-KANAK - JOHAN PP
2. PERTANDINGAN EUREKA REEE 2006-2007-JOHAN PP KE KEBANGSAAN
3. MENULIS CERITA HARI GURU - JOHAN (L) & JOHAN (P) PP
4. KIDS WITNESS NEWS ANJURAN PANASONIC

2007- JOHAN PULAU PINANG KE KEBANGSAAN
7. ESEI KEUSAHAWANAN - MECD - NAIB JOHAN KEBANGSAAN