Saya ingin berkongsi satu projek inovasi yang telah saya jalankan di sekolah saya bersama anak-anak murid. Projek ini mendapat sokongan daripada pentadbiran sekolah, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang khususnya Puan Noor Azmah Johari dan Dato Pengarah Pendidikan Pulau Pinang. Projek ini juga turut diperluas perkongsiannya kerana turut sama menyertai Pameran Penyelidikan dan Inovasi Antarbangsa (Edu-Ineri) yang berlangsung di UPSI.
Diharap dengan perkongsian idea ini, dapat juga menyemai semangat dalam kalangan guru untuk berkarya dalam penyelidikan pendidikan. Saya menanam azam untuk menjadikan KPI saya, satu inovasi setiap tahun. Doakan agar niat murni saya ini dapat direalisasikan. Insya Allah.