Tambah teruk pengadil yang telah dipilih sebenarnya menjadi isu oleh Kekkwa sendiri. Seperti yang diterangkan En Azizan bahawa ahkim terdiri daripada pegawai kebudayaan kedah dan Penang. Setelah kami bertanya dengan Kekkwa Penang, rupanya hakim hari tu jenis tangkap muat je. Maybe kawan En Azizan kot. Sila komen ye..En Azizan.
Pada mulanya ada sesi taklimat selepas pertandingan tarian tradisional. Tetapi dibatalkan sebab SMK Mutiara Impian ( Kebangsaan 2007) dan SMK Teluk Bahang(Kebangsaan 2008) yang masing-masing pernah mewakili Pulau Pinang ingin membuat bantahan kepada penganjur. Akhirnya penganjur membatalkan taklimat tersebut dan hari penyampaian hadiah juga tidak diminta pemenangnya yang kareografernya kawan si hakim bidan terjun tu. Bagi saya itu satu penganiayaan kepada pelajar-pelajar yang mengambil bahagian. Buta-buta kita nampak St George ada penarinya yang masih membilang ( latihan tak cukuplah tu) dan ada yang tidak membuat gerakan boleh menjadi johan. Kesimpulannya, kami tak nak buat kecoh, biarlah semua berlalu. Saat paling manis bila melihat anak didik saya telah pergi jauh dalam bidang ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan