Followers List

Sabtu, 28 Februari 2009

Pemurnian PBL

pautan pos 0 ulasan
Segala file PBL murid 6 amanah dah selesai mereka murnikan. PBL fasa satu 2009 ini dijalankan setelah makmal komputer gantian M2 boleh beroperasi. Maka adalah hasilan baru untuk penilaian dalam TMK nanti. PBL pernah saya jalankan pada tahun 2005 untuk guru-guru, 2005-sekarang untuk murid-murid. Suatu hari nanti saya akan ceritakan apakah kelebihan PBL untuk pembelajaran masa kini. Insyaallah.




Kaedah TMK memang berjaya membuat PnP berkesan


Alah bisa tegal biasa


Guru memberikan tunjuk ajar


Juruteknik komputer SKPTM turut membantu murid-murid.


Tekun menyiapkan PBL


Hasil kerja akhir dibentangkan.

Jumaat, 27 Februari 2009

Kemaskini Profil Programme Base Learning Murid Tahun 6 Amanah

pautan pos 1 ulasan
Para Ibu bapa/Waris Murid Tahun 6 Amanah


Melalui :

Puan Saniyah Bt Hashim
Tuan Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat

Programme Base Learning (PBL) Sains

Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk kepada pihak tuan.
2. Saya memohon jasa baik para waris untuk sama-sama membantu saya memurnikan PBL yang telah dijalankan oleh murid 6 Amanah. Program ini sebenarnya telah membolehkan kita mewakili Pulau Pinang ke peringkat kebangsaan untuk kategori Anugerah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pembelajaran. Pihak kementerian akan membuat penilaian pada 3 dan 4 Mac nanti berkaitan tahap penguasaan murid dalam TMK dan keberkesan pengajaran guru.

3. Sehubungan dengan itu, saya harapkan kerjasama ibu bapa/waris mengizinkan anak/jagaan untuk hadir ke satu kelas bimbingan TMK seperti berikut:

Tarikh : 28 Februari 2009 ( Sabtu )
Masa : 2.30 petang hingga 5.30 petang
Tempat : Makmal Komputer SKPTM

Mudah-mudahan kerjasama daripada pihak ibu bapa/waris dan keizinan Tuhan yang maha esa, penilaian tersebut dapat berjalan dengan lancar dan jayanya. Insyaallah.


Sekian, terima kasih.



Saya yang menjalankan tugas,


(ZAZOLNIZAM BIN ZAKARIA)
Guru Sains Tahun 6 Amanah
Sek. Keb. Permatang Tok Mahat

Isnin, 23 Februari 2009

Jumaat, 20 Februari 2009

Sabtu, 14 Februari 2009

Sekadar Info

pautan pos 0 ulasan
Sekadar menambahkan ilmu untuk kita bersama. renung-renungkanlah yer.




1. Apakah persamaan di antara negara Brunei dengan Bahrain,Kuwait dan Qatar? Kesemua negara ini tidak mengenakan cukai pendapatan di kalangan rakyatnya.








2. Seekor afid (kutu) kobis boleh menghasilkan anak paling banyak dalam setahun berbanding semua haiwan mahupun serangga di dunia.









3. Secawan susu panas boleh membantu mereka yang menghadapi masalah tidur di waktu malam.Zat kalsium yang terdapat dalam susu boleh membantu menenangkan urat saraf di waktu malam.



4. Monaco adalah negara paling kecil di Eropah. Pesisir pantainya sepanjang 5.6km sahaja. Kepadatan penduduknya adalah tinggi, 39000 orang setiap 2.6km persegi.

Ahad, 8 Februari 2009

Koleksi Soalan Sains Tahun 6

pautan pos 0 ulasan
Sebagai latih tubi, anda boleh menggunakan soalan yang disediakan secara topikal untuk di kongsi bersama.

Year 6



















Koleksi Soalan Sains Tahun 5

pautan pos 0 ulasan
Anda juga boleh memuat turun soalan-soalan Sains Tahun 5 seperti di bawah. Ini bahan kira ihsan dari JPN Peraklah...Ilmu tu bagus jika dikongsi bersamakan...

Science Year 5


'Download' Koleksi Soalan Sains Tahun 4

pautan pos 0 ulasan
Salam sejahtera...


Buat para pelajar, ibu bapa mahupun guru-guru yang ingin mendapatkan koleksi soalan Sains UPSR. Anda boleh muat turun soalan tersebut melalui link yang saya sediakan.

Moga koleksi soalan ini dapat anda manfaatkan bersama.


Year 4


Password = zazolnizam
Supaya senang untuk anda mengingat nama saya...betul tak?
File dalam format .doc, . ianya percuma. Janji gunakan untuk anak didik kita. Tambah pula sekarang musim peperiksaan.


Selamat mencuba !


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

KE ARAH KECEMERLANGAN YANG KONSISTEN


PENCAPAIAN :

INDIVIDU


1. GURU INOVATIF SEK RENDAH 2007 - JOHAN PP
2. GURU CEMERLANG ICT 2007 - JOHAN PP
3. GURU CEMERLANG KOKURIKULUM - JOHAN PP KE KEBANGSAAN
4. GURU CEMERLANG SAINS - KPM
5. GURU CEMERLANG TMK 2009- JOHAN PP KE KEBANGSAAN
6. GURU INOVATIF (INDIVIDU) MOSTI-KPM 2013 - KETIGA


KEJURULATIHAN

2014
1. AEV Final Kebangsaan
2. First Lego League Malaysia Open
3. International Exposition & Education Research
4. NRC Penang State Level

2013

1. AEV PERINGKAT KEBANGSAAN (KELIMA)
2. FIRST LEGO LEAGUE , MALAYSIA OPEN
3. NRC PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG
4. KOREOGRAFER PROGRAM SAITAMA SCHOOL MALAYSIA JAPAN

2012
1. AEV PERINGKAT KEBANGSAAN


2008
1. PIDATO YAYASAN HARAPAN KANAK-KANAK - JOHAN PP
2. PERTANDINGAN EUREKA REEE 2006-2007-JOHAN PP KE KEBANGSAAN
3. MENULIS CERITA HARI GURU - JOHAN (L) & JOHAN (P) PP
4. KIDS WITNESS NEWS ANJURAN PANASONIC

2007- JOHAN PULAU PINANG KE KEBANGSAAN
7. ESEI KEUSAHAWANAN - MECD - NAIB JOHAN KEBANGSAAN