Followers List

Isnin, 31 Ogos 2009

Berbuka, sahur ubi kayu

pautan pos 0 ulasan
Oleh Ibrahim Isa
ibrahim@hmetro.com.my




SIMPANG RENGGAM: “Ramadan, Aidilfitri atau hari biasa, bagi kami semuanya sama kerana sudah biasa hidup susah tiada makanan,” kata Jumak Sinari, 54, menceritakan kedaifan keluarganya sejak empat tahun lalu.

Saban hari, dia bersama isteri, Salbiah Md Jamil, 49, dan tiga anak yang kini menumpang di sebidang tanah berhampiran Taman Rekamas di sini, hanya mampu makan nasi dicampur ubi kayu termasuk untuk berbuka puasa dan menyambut Aidilfitri.

Menu mereka hanya berubah jika ada insan prihatin memberikan beras dan lauk.

Jumak berkata, kedaifannya bukan saja menyebabkan dia tidak mampu menyediakan bekalan elektrik dan air, malah tiga anaknya kini tidak bersekolah.



“Sebelum ini, saya bekerja sebagai pengawal keselamatan, tapi secara tiba-tiba kaki kanan sakit hingga akhirnya tidak boleh memakai kasut sejak empat tahun lalu.


“Apabila hanya memakai selipar, majikan mengenakan pelbagai tindakan hingga saya dibuang kerja dan sejak itu hidup kami sekeluarga terumbang-ambing,” katanya.

Menurutnya, selepas dibuang kerja, tiga anaknya, Hanisa, 16, Mohamad Arif, 15 dan Mohamad Arshad, 12, terpaksa berhenti sekolah kerana dia tidak mampu menampung perbelanjaan mereka.

Keluarganya pula terpaksa menumpang tanah orang dengan membina pondok buruk dan menanam ubi kayu.

“Tuan tanah membenarkan kami menumpang dan mengusahakan sedikit tanah untuk menanam ubi kayu dan hasilnya akan dibahagi dua.

“Sehingga kini, itu saja sumber pendapatan kami kerana isteri dan tiga anak tidak bekerja. Tiga anak yang lain sudah berkahwin dan ada menghulurkan bantuan, namun kami faham mereka sendiri menghadapi masalah untuk menyara keluarga masing-masing,” katanya.

Setakat ini, katanya, dia belum pernah meminta bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal kerana tidak tahu caranya.

Salbiah pula berkata, dia pernah ke beberapa agensi kerajaan lain untuk mendapatkan bantuan, namun permohonannya tidak dilayan.

“Saya tak sekolah tinggi, jadi saya tidak tahu macam mana cara nak dapatkan bantuan.

“Hanya baru-baru ini, saya diberitahu boleh mohon bantuan Baitulmal atau JKM tapi tak tahu caranya.

“Sebelum ini saya pernah ke pejabat pihak berkuasa tempatan untuk mohon bantuan tapi saya bukan dibantu tetapi dimarah.

“Berikutan itu, saya berharap sangat pihak yang mempunyai peruntukan dapat membantu kami. Berilah peluang kepada kami meraikan Aidilfitri kali ini seperti orang lain,” katanya.

Tinjauan Harian Metro mendapati keluarga itu menghuni rumah yang tidak sempurna, malah sebahagian kediaman itu tidak mempunyai atap dan dinding, manakala lantai masih berlubang.

Khamis, 27 Ogos 2009

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 5/1999:Larangan Terhadap Penglibatan Guru, Staf Sokongan Dan Murid Sekolah Dalam Kegiatan Politik Anti-Kerajaan

pautan pos 0 ulasan





Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 5/1999:

Larangan Terhadap Penglibatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Staf Sokongan Dan Murid Sekolah Dalam Kegiatan Politik Anti-Kerajaan

Kementerian Pendidikan telah berulangkali memperingatkan para pegawai serta staf
sokongan supaya tidak melibatkan diri dalam kegiatan politik anti-kerajaan. Narnun
demikian, Kementerian Pendidikan masih menerima laporan, aduan dan bukti yang
menunjukkan bahawa terdapat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, staf sokongan dan murid
sekolah yang terlibat dalam aktiviti politik anti-kerajaan dengan menghadiri perhimpunan
haram, tunjuk perasaan, memiliki dan memperdengarkan rakaman pita pidato anti-kerajaan,
serta menampal dan mengedarkan poster dan risalah untuk pertubuhan dan pemimpin
politik.

2. Sebagai kakitangan kerajaan, semua pegawai dan staf sokongan adalah tertakluk
kepada syarat-syarat dan peraturan-peraturan perkhidmatan yang telah ditetapkan.
Kakitangan kerajaan adalah dituntut supaya sentiasa mematuhi arahan dan peraturan yang
dikeluarkan oleh kerajaan yang memerintah (the government of the day).

3. Apa jua bentuk kegiatan berunsur politik yang dijalankan di pejabat, di kawasan
sekolah ataupun di dalam bilik darjah adalah dilarang sama sekali, termasuk perbuatan
mencuba mempengaruhi pemikiran murid dengan fahaman politik anti-kerajaan. Sayugia
dinyatakan bahawa pegawai dan staf sokongan yang didapati ingkar dengan larangan ini
boleh dikenakan tindakan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993. Manamana murid yang didapati terlibat dalam aktiviti tersebutjuga boleh
dikenakan tindakan disiplin mengikut peraturan yang ada.

4. Dengan Surat Pekeliling lkhtisas ini, semua Ketua Jabatan, Pengetua dan Guru
Besar adalah diminta supaya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pegawai, staf
atau murid yang didapati bersalah mengingkari larangan yang dinyatakan di atas.

5. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lkhtisas ini kepada semua pegawai dan
staf sokongan di bawah pentadbiran Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan.



Sekian.




s.k.

Y.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak
Menteri Pendidikan Malaysia

Y.B. Dato' Haji Mohd. Khalid Yunus
Timbalan Menteri Pendidikan

Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn
Timbalan Menteri Pendidikan

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan

Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

Ketua Nazir Sekolah

Pegawai Perhubungan Awam

Sabtu, 22 Ogos 2009

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH

pautan pos 0 ulasan

KENYATAAN AKHBAR

Y.BHG. TAN SRI DATO’ ALIMUDDIN HJ. MOHD DOM
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH

Kenyataan akhbar ini bertujuan menerangkan dengan lebih jelas kepada masyarakat mengenai pemansuhan PPSMI dan pelaksanaan Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Berdasarkan keputusan Mesyuarat Kabinet pada 8 Julai 2009 telah diputuskan bahawa dasar PPSMI akan dimansuhkan secara berperingkat-peringkat mulai 2012 bagi Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 Ogos 2009 telah bersetuju melaksanakan mekanisme "soft landing" untuk P&P Sains dan Matematik bagi membantu pelajar-pelajar mengatasi masalah peralihan dasar berkenaan. Mekanisme "soft landing" adalah seperti berikut:

(i) P&P Sains dan Matematik boleh dilaksanakan dalam dwibahasa mulai tahun 2010 di sekolah rendah dan sekolah menengah. Dwibahasa bermaksud penggunaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam P&P Sains dan Matematik di sekolah kebangsaaan dan sekolah menengah; dan penggunaan bahasa ibunda dan Bahasa Inggeris bagi SJK(C) dan SJK(T).

(ii) Pelaksanaan dasar ini bermula pada tahun 2012 bagi pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Walau bagaimanapun mekanisme "soft landing" akan memberi ruang kepada pelajar-pelajar lain menyesuaikan diri dengan peralihan dasar di mana P&P boleh dilaksanakan dalam dwibahasa. Kohort-kohort yang terlibat adalah seperti berikut:

(a) Kohort Tahun 1 (2009) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2014.

(b) Kohort Tahun 1 (2010) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2015.

(c) Kohort Tahun 1 (2011) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2016.

(d) Kohort Tahun 1 (2009) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2013.

(e) Kohort Tahun 1 (2010) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2014.

(f) Kohort Tahun 1 (2011) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2015

PENTAKSIRAN

(a) Peperiksaan UPSR bagi matepelajaran Sains dan Metematik akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehingga 2016.

(b) Peperiksaan PMR bagi matapelajaran Sains dan Matematik akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehinggan tahun 2013.

(c) Peperiksaan SPM bagi matapelajaran Sains dan Matematik akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehingga 2015.

Ini bermakna penggunaan Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan bahasa ibunda bagi SJK(C) dan SJK(T) bagi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik akan dilaksanakan sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah menengah akan terlaksana pada tahun 2016. Walau bagaimanapun pengajaran Sains dan Matematik bagi Tingkatan 6 dan Matrikulasi akan kekal dalam Bahasa Inggeris.

Jadual Pelaksanaan MBMMBI dan mekanisme "soft landing" adalah seperti yang dilampirkan.



Rabu, 5 Ogos 2009

Soalan Percubaan Sains UPSR 2009

pautan pos 0 ulasan
Saya akan cuba upload koleksi soalan percubaan sains pelbagai negeri. Sila rujuk blog sains saya. Terima kasih.

Klik sini --> http://gcsainszazolnizam.blogspot.com/

Pastikan rakyat sentiasa waspada jangkitan H1N1

pautan pos 0 ulasan


WABAK selesema babi atau Influenza A (H1N1) yang pertama kali dilaporkan di negara ini 15 Mei lalu, sudah mencatat korban kesembilan semalam. Jumlah yang disahkan menghidap penyakit itu pula meningkat kepada kira-kira 1,500 orang. Walaupun kematian pertama akibat wabak itu di negara ini dicatatkan 23 Julai lalu, angka korban dalam tempoh dua minggu itu memberi isyarat negara perlu lebih bersedia menghadapi ancaman wabak itu. Ketika dunia masih tercari-cari penawar H1N1, kita sebenarnya tiada pilihan selain berusaha meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat untuk mencegah jangkitan wabak itu. Kita tidak boleh berdiam diri dan menunggu sehingga ada antara keluarga kita yang dihinggapi wabak penyakit itu, baru mahu bertindak. Kita akui, pelbagai langkah sudah diambil oleh pihak berkuasa, khususnya Kementerian Kesihatan untuk membendung wabak itu. Bagaimanapun, peningkatan berterusan kes jangkitan dan korban jiwa menuntut sesuatu tindakan lebih drastik dilakukan. Kita menghargai usaha pihak berkuasa menguat kuasa perintah kuarantin dan arahan tegas menutup kampus institusi pengajian bagi membendung wabak itu. Apa pula langkah yang harus diambil sektor awam dan swasta. Dengan ancaman penularan yang semakin serius, ketua jabatan di kedua-dua sektor itu harus melakukan sesuatu untuk menjamin keselamatan kakitangan dan anggota keluarga mereka. Pada saat getir seperti ini, sektor swasta perlu mengambil berat soal kakitangan mereka dan tidak memikirkan soal komersial semata-mata. Jika perlu mengeluarkan modal untuk belanja perubatan dan kos pemeriksaan kesihatan, ia perlu dilakukan dengan rela hati. Ini penting bukan saja untuk menjamin keutuhan operasi mereka, malah memastikan mesej meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai terhadap bahaya wabak lebih berkesan. Usaha ini perlu bermula dengan golongan pekerja yang kebanyakannya adalah ketua keluarga.


Melihat senario semasa, tidak keterlaluan disimpulkan bahawa kesedaran masyarakat negara ini terhadap bahaya H1N1 umumnya masih di tahap rendah. Rata-rata kita lihat orang ramai masih meneruskan rutin harian seperti biasa. Hakikat bahawa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan jumlah kes itu kini sudah melepasi paras 130,000 sehingga akhir bulan lalu dengan hampir 1,000 kematian dan mencapai tahap pandemik, tidak membawa kebimbangan kepada mereka. Di pusat membeli-belah, taman, tempat awam malah lapangan terbang pun, jumlah yang mengambil inisiatif perlindungan asas seperti memakai topeng muka, amat sedikit bilangannya. Itu belum lagi diambil kira mereka yang ingkar arahan kuarantin atau enggan membuat pemeriksaan walaupun selepas menghidap sindrom H1N1. Budaya 'tidak kisah' dan 'sudah terhantuk baru terngadah' ini harus diubah segera. Dalam konteks ini, pihak berkuasa perlu segera merumus strategi untuk menimbulkan kesedaran masyarakat. Hari ini, kita dapat lihat dengan jelas bagaimana kerajaan berjaya mewujudkan kesedaran terhadap ancaman denggi, jadi tiada sebab kempen serupa tidak boleh dilakukan terhadap H1N1. H1N1 jauh lebih bahaya daripada denggi dengan nisbah kematiannya 1:200 berbanding denggi yang hanya 1:500. Kita prihatin bahawa usaha mewujudkan kesedaran di kalangan rakyat tidak seharusnya mencetuskan suasana panik. Matlamatnya ialah untuk memastikan rakyat sentiasa berwaspada. Hanya dengan cara itu, sebarang langkah yang diambil pihak berkuasa dalam membendung H1N1 dapat dijayakan dengan berkesan.

Sumber : http : //www.bharian.com.my/

Empat langkah tambahan bendung penularan H1N1

pautan pos 0 ulasan

PUTRAJAYA 4 Ogos – Kerajaan hari ini memutuskan empat langkah tambahan menangani wabak selesema babi atau influeza A (H1N1) yang sehingga kini telah mengorbankan sembilan nyawa.

Langkah-langkah tersebut adalah:

*Meningkatkan simpanan stok antivirus dari 10 kepada 20 peratus melibatkan kos sebanyak RM20 juta.

*Memberi rawatan antivirus serta merta kepada enam kategori pesakit yang berisiko dan mempunyai simptom selesema babi.

Enam kategori pesakit itu adalah:

*Wanita mengandung

*Obesiti

*Penghidap asma

*Pesakit paru-paru kronik

*Pesakit diabetes

*Pesakit yang mempunyai imuniti rendah

*Melaksanakan saringan suhu badan ke atas semua pelajar sebelum kelas bermula. Semua guru kelas akan dibekalkan dengan alat penyukat suhu. Pelajar yang didapati kurang sihat akan diasing dan dinasihat berehat di rumah serta mematuhi nasihat kesihatan.

*Menambah jumlah katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital-hospital terbabit sekiranya tidak mencukupi.

Langkah tambahan itu diputuskan Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Mengenai Pandemik A (HINI) yang bermesyuarat di sini, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kesemua pesakit yang berisiko dan mempunyai simptom HINI tidak perlu menjalani ujian pengesahan.

Katanya, rawatan antivirus akan diberi untuk kes-kes yang dikesan dalam tempoh 48 jam selepas menunjukkan tanda dijangkiti H1N1.

Beliau menjelaskan, keputusan itu dibuat berikutan jumlah kehadiran orang ramai yang mahu menjalani pemeriksaan H1N1 di hospital agak ramai.

“Semua kes yang mempunyai simptom jangkitan influenza dan mempunyai faktor risiko akan diberi rawatan antivirus serta-merta tanpa perlu membuat ujian pengesahan H1N1,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut di sini, hari ini.

Muhyiddin memberitahu, sebanyak 14 kes baru H1N1 melibatkan jangkitan tempatan dan warga Malaysia dilaporkan hari ini di mana 13 daripadanya merupakan kejadian daripada tiga kluster baru serta satu kes terpencil.

Katanya, jumlah terkumpul kes H1N1 di negara ini adalah sebanyak 1,460 kes terdiri daripada 574 kes import dan 886 jangkitan tempatan dengan angka kematian masih lapan orang.

“Daripada jumlah itu, seramai 1,410 pesakit telah sembuh. Hanya 27 orang sedang menerima rawatan antivirus di hospital dengan 10 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 23 pesakit lain menerima rawatan antivirus di rumah.

“Daripada 10 kes di ICU, tiga orang mempunyai faktor risiko iaitu obesiti (1), wanita lepas bersalin (1) dan imuniti rendah (2),” ujarnya.

Timbalan Perdana Menteri menambah, berdasarkan situasi global, sehingga hari ini sebanyak 189,155 kes dengan 1,319 kematian dilaporkan membabitkan 168 negara dengan Pakistan melaporkan kes pertama.

Jelas beliau, statistik tersebut meningkat sebanyak 3,301 kes dengan 12 kematian berbanding hari sebelumnya.

Sumber : http : // www.utusan.com.my /

Selasa, 4 Ogos 2009

SKPTM diarah tutup kerana H1N1

pautan pos 0 ulasan

Dr Tan memberi penerangan kepada murid-murid












Mengejutkan tetapi itulah hakikatnya. SKPTM diarah tutup hingga ahad ini kerana seorang murid tahun empat positif H1N1. Kami menganggap ini adalah cabaran terutamanya murid tahun 6 yang akan menduduki upsr yang tinggal hanya 30 hari sahaja lagi. Semoga semua kembali ok selepas isnin ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

KE ARAH KECEMERLANGAN YANG KONSISTEN


PENCAPAIAN :

INDIVIDU


1. GURU INOVATIF SEK RENDAH 2007 - JOHAN PP
2. GURU CEMERLANG ICT 2007 - JOHAN PP
3. GURU CEMERLANG KOKURIKULUM - JOHAN PP KE KEBANGSAAN
4. GURU CEMERLANG SAINS - KPM
5. GURU CEMERLANG TMK 2009- JOHAN PP KE KEBANGSAAN
6. GURU INOVATIF (INDIVIDU) MOSTI-KPM 2013 - KETIGA


KEJURULATIHAN

2014
1. AEV Final Kebangsaan
2. First Lego League Malaysia Open
3. International Exposition & Education Research
4. NRC Penang State Level

2013

1. AEV PERINGKAT KEBANGSAAN (KELIMA)
2. FIRST LEGO LEAGUE , MALAYSIA OPEN
3. NRC PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG
4. KOREOGRAFER PROGRAM SAITAMA SCHOOL MALAYSIA JAPAN

2012
1. AEV PERINGKAT KEBANGSAAN


2008
1. PIDATO YAYASAN HARAPAN KANAK-KANAK - JOHAN PP
2. PERTANDINGAN EUREKA REEE 2006-2007-JOHAN PP KE KEBANGSAAN
3. MENULIS CERITA HARI GURU - JOHAN (L) & JOHAN (P) PP
4. KIDS WITNESS NEWS ANJURAN PANASONIC

2007- JOHAN PULAU PINANG KE KEBANGSAAN
7. ESEI KEUSAHAWANAN - MECD - NAIB JOHAN KEBANGSAAN