Penggal | Cuti dan Hari Persekolahan | Mula | Akhir | Hari |
I | Hari Persekolahan | 04.01.2010 | 31.01.2010 | 20 |
Hari Persekolahan | 01.02.2010 | 28.02.2010 | 20 | |
Hari Persekolahan | 01.03.2010 | 12.03.2010 | 10 | |
Cuti Pertengahan Penggal | 13.03.2010 | 21.03.2010 | 9 | |
Hari Persekolahan | 22.03.2010 | 31.03.2010 | 8 | |
Hari Persekolahan | 01.04.2010 | 30.04.2010 | 22 | |
Hari Persekolahan | 01.05.2010 | 31.05.2010 | 21 | |
Hari Persekolahan | 01.06.2010 | 04.06.2010 | 04 | |
Cuti Pertengahan Tahun | 05.06.2010 | 20.06.2010 | 16 | |
II | Hari Persekolahan | 21.06.2010 | 30.06.2010 | 08 |
Hari Persekolahan | 01.07.2010 | 31.07.2010 | 22 | |
Hari Persekolahan | 01.08.2010 | 31.08.2010 | 22 | |
Hari Persekolahan | 01.09.2010 | 03.09.2010 | 03 | |
Cuti Pertengahan Penggal | 04.09.2010 | 12.09.2010 | 9 | |
Hari Persekolahan | 13.09.2010 | 30.09.2010 | 14 | |
Hari Persekolahan | 01.10.2010 | 31.10.2010 | 21 | |
Hari Persekolahan | 01.11.2010 | 19.11.2010 | 15 | |
Cuti Akhir Tahun | 20.11.2010 | 02.01.2011 | 43 | |
Jumlah | 287 | |||
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am | 210 | |||
Jumlah Hari Cuti Penggal | 77 |
Isnin, 21 Disember 2009
Takwim Persekolahan 2010
Khamis, 3 Disember 2009
Bahan Kerja Bahagian B untuk Murid yang Rajin
Berikut adalah bahan kerja yang saya bekalkan untuk murid tahun 6 amanah sebagai revisi sebelum kelas isnin ini.
klik pada link di bawah untuk muat turun. harap maklum.
http://www.scribd.com/doc/23564469/sec-b
cubalah ye....
Khamis, 26 November 2009
Salam Aidil Adha
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua warga Islam di seluruh dunia. Bagi mereka yang akan pulang ke kampung, saya menyeru agar berhati-hati di jalanraya dan jangan jadikan jalanraya sebagai medan maut.
Selamat Hari Raya Aidiladha
Khamis, 19 November 2009
Tahniah!!!!!!!!
Keputusan UPSR telah diketahui. Berikut adalah pencapaian murid-murid tahun enam bagi tahun 2009.
1. Bilangan mendapat 5A = 29 0rang.
2. Bilangan mendapat 4A 1B = 25 orang.
3.Peratusan Sains meningkat daripada 83% kepada 88.2 %.
4. Bilangan mendapat A Sains meningkat daripada 28 orang kepada 49 orang.
Senarai nama murid mendapat 5A
1. Bilangan mendapat 5A = 29 0rang.
2. Bilangan mendapat 4A 1B = 25 orang.
3.Peratusan Sains meningkat daripada 83% kepada 88.2 %.
4. Bilangan mendapat A Sains meningkat daripada 28 orang kepada 49 orang.
Senarai nama murid mendapat 5A
- Ahmad Widad Bin Zainoddin
- Aini Sofiya Bt Kholed
- Anith Syamimi Bt Ahmad Khaizi
- Ghazwani Bt Nordin
- Hazwani Bt Nordin
- Ihsan B Nasran
- Megat Alif Nazmi B Megat Nordin
- Muhammad Ali Ridha B Azmi
- Muhammad Ammar Yassier B Abdul Hamid
- Muhammad Ariessa B Nordin
- Muhammad Haziq B Omar
- Muhammad Izwan Ikmal B Rozlan
- Muhammad Syafiq Ameer B Kamarudin
- Nabilah Syuhada Bt Nordin
- Najwa Afifah Bt Muhammad Ibrizi
- Nor Jannatul Irfana Bt Rafi Ahmad
- Nur Ain Bt Zakaria
- Nur Liyana Bt Nor Azhar
- Nuradlin Shazmy Bt Mohamad Jasmy
- Nurain Natasha Bt Abdul Hamid
- Nurul Hani Asyqin Bt Hanafi
- Nurul Syahirah Bt Mohamad Nazri
- Sabarina Bt Mohed
- Siti Farehah Bt Samsudin
- Siti Nor Atiqah Bt Md Sobri
- Siti Sarah Bt Tajudin
- Syarifah Nur Sakinah Bt Tuan Besar
- Nor Zalifah Bt Kamaruddin
- Nur Syahirah Bt Sulaiman
Pencapaian gemilang ini berjaya memecahkan rekod tiga tahun berturut-turut dengan pencapaian murid cemerlang 5A di antara 23 dan 24 orang. Kami guru-guru tahun enam amat berasa bangga dengan pencapaian anda semua. Syabas perwira SKPTM.
Rabu, 18 November 2009
Keputusan UPSR 2009 esok
Keputusan UPSR akan diumumkan pada 19 November 2009. Semua pihak tertunggu-tunggu keputusan tersebut. Selain calon-calon yang pastinya berdebar, orang ramai juga tertunggu-tunggu tentang bagaimanakah prestasi keputusan kali ini yang menyaksikan subjek Sains dan Matematik sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris buat tahun kedua.
Sebagai guru sains, saya amat teruja menunggu keputusan esok. Mana tidaknya esok juga murid tahun enam akan menyambut hari graduasi, jamuan akhir tahun dan majlis penyerahan slip keputusan UPSR 2009. Cikgu yang jadi seram sejuk lebih daripada budak-budak.
Apapun, saya mengharapkan keputusan yang lebih baik dari tahun 2008. Insyaallah. Jadi apa-apapun kita tunggu sajalah esok. ....
Sebagai guru sains, saya amat teruja menunggu keputusan esok. Mana tidaknya esok juga murid tahun enam akan menyambut hari graduasi, jamuan akhir tahun dan majlis penyerahan slip keputusan UPSR 2009. Cikgu yang jadi seram sejuk lebih daripada budak-budak.
Apapun, saya mengharapkan keputusan yang lebih baik dari tahun 2008. Insyaallah. Jadi apa-apapun kita tunggu sajalah esok. ....
Sabtu, 14 November 2009
10 000 pengunjung kini...
Salam ziarah semua... saya amat berbesar hati kepada kunjungan yang anda semua berikan ke blog saya. Moga info yang saya muatkan membantu anda berdasarkan keperluan masing-masing. Saya juga akan berusaha untuk memperbaiki mutu bahan dan penyampaian melalui blog ini di masa depan.
Terima kasih atas sokongan anda semua!
Terima kasih atas sokongan anda semua!
Ahad, 8 November 2009
Hari Kokurikulum SPS 2009
Edit Pic bebudak ni guna picasa. Cantik jugak ler...hehehe
Kelab Seni Budaya (KSB) SKPTM dijemput untuk menyerikan majlis penutup Hari Kokurikulum peringkat Daerah SPS pada 7hb yang lalu.
Rabu, 4 November 2009
Pendaftaran ke Tingkatan 1 SMK Methodist, Parit Buntar
Salam sejahtera buat anak didik sekalian...memandangkan kebanyakan murid-murid ramai yang tidak hadir semasa sesi persekolahan yang lalu, saya ingin membuat pemberitahuan mengenai pendaftaran ke tingkatan satu sesi 2010 ke SMkK Menthodist akan dijalankan di SKPTM pada jumaat ini. Sila bawa bersama wang tunai RM1.00.
Harap Maklum
Harap Maklum
Selasa, 27 Oktober 2009
Sekolah Cemerlang Kokurikulum, RIMUP & Peserta Kursus IAB
Program RIMUP ini telah diadakan di Dewan Seri Gemilang, SKPTM dengan jayanya. Kelab Kebudayaan SKPTM telah diamanahkan untuk mengambil bahagian dalam persembahan dan alhamdulillah kami telah melaksanakan dengan baik sekali.
Selang beberapa hari selepas itu juga, SKPTM telah didatangi oleh peserta kursus Pengurusan Kokurikulum dari IAB Cawangan Utara dan ada juga gambar yang diselitkan merangkumi gambar semasa kedatangan Panel Penilai Sekolah Cemerlang Kokurikulum Peringkat Kebangsaan 2009.
Selang beberapa hari selepas itu juga, SKPTM telah didatangi oleh peserta kursus Pengurusan Kokurikulum dari IAB Cawangan Utara dan ada juga gambar yang diselitkan merangkumi gambar semasa kedatangan Panel Penilai Sekolah Cemerlang Kokurikulum Peringkat Kebangsaan 2009.
Isnin, 26 Oktober 2009
Jumaat, 11 September 2009
Koleksi Lagu Raya
کوليکسي لاڬو راي
UPSR pun dah abis, jadi adalah masa sikit untuk buat persediaan berhari raya. Penat lelah selama ini mengejar sasaran sekolah untuk subjek Sains nampaknya membuahkan hasil. walaupun macam-macam halangan yang mendatang akhirnya dapat diatasi jua.
Sempena mood raya ini, beberapa koleksi lagu raya disediakan. Kepada yang masih belum memilikinya, 'download' saja.
Sempena mood raya ini, beberapa koleksi lagu raya disediakan. Kepada yang masih belum memilikinya, 'download' saja.
- Aishah - Pulanglah
- Anuar & Elina - Suasana Hari Raya
- Hail Amer & Uji Rashid - Seloka Hari Raya
- Mamat - Kupohon Restu Ayah Bonda
- M Nasir - Suatu Hari di Hari Raya
- Sudirman - Dari Jauh Kupohon Maaf
- Fazidah Joned - Selamat Hari Raya
- Rafeah Buang - Bila Takbir Bergema
- Sanisah Huri - Selamat Hari Raya
- Siti Nurhaliza - Sesuci Lebaran
- Siti Nurhaliza - Nazam Lebaran
- DJ Dave - Menjelang Hari Raya
- Jalil Hamid - Dendang Hari Raya
- Jamal Abdillah - Salam Aidilfitri
- Ideal Sister - Hari Raya Hari Bahagia
- Awie & Ziana Zain - Halaman Asmara
- Rafeah Buang - Aidilfitri
- Al Jawaher - Mohon PadaNya Sujud PadaNya
- Aman Shah - Kepulangan yang Dinanti
Rabu, 9 September 2009
Soalan Ramalan Sains UPSR 2009 / 4
Jeane carries out an investigation by rolling three balls of different mass down an inclined plane. The balls would hit a wooden block and the distance the block moves is recorded
a. From this investigation, state
The table below shows the result of the experiment
a. From this investigation, state
i) what to change : ………………………………………………………………..
ii) what to measure : ………………………………………………………………
b. Write hypothesis:
______________________________________________________
______________________________________________________
سلام لبارن
السلام عليکم دان سلام زياره سموا .
امڤون دان معاف اندايڽ انسان ايني…
ترکاسر بهاس دالم بيچارا
ترسيلڤ بيچارا سماس برسام
ترماره يڠ تق کنا تمڤتڽ
ترتاڽ تق تنتو هالا .
ترساسول يڠ تق سڠاجا
ترڤوکول کت مان-مان
ترڤکيق کوات د تليڠا
ترهانتوق ترکتوق د کڤالا
ترڤينجام ترامبيل هرتا بندا
ترمودي تق سمنا-منا
ترومڤات بيلا اد چريتا ,
د هاري يڠ موليا سڤولوه جاري کو هولورکن سموا ,
مموهون کمعافن اتس سڬالا دوسا يڠ اد
کران اکو ماسيه برنام ماءنسي
ڤستيڽ تق لڤس ممبوات دوسا
سموڬ دمعافکن .
امڤون دان معاف اندايڽ انسان ايني…
ترکاسر بهاس دالم بيچارا
ترسيلڤ بيچارا سماس برسام
ترماره يڠ تق کنا تمڤتڽ
ترتاڽ تق تنتو هالا .
ترساسول يڠ تق سڠاجا
ترڤوکول کت مان-مان
ترڤکيق کوات د تليڠا
ترهانتوق ترکتوق د کڤالا
ترڤينجام ترامبيل هرتا بندا
ترمودي تق سمنا-منا
ترومڤات بيلا اد چريتا ,
د هاري يڠ موليا سڤولوه جاري کو هولورکن سموا ,
مموهون کمعافن اتس سڬالا دوسا يڠ اد
کران اکو ماسيه برنام ماءنسي
ڤستيڽ تق لڤس ممبوات دوسا
سموڬ دمعافکن .
معاف ظاهير دان باطين .
اخلاص درڤد : زازولنيزام بن زکاريا
اخلاص درڤد : زازولنيزام بن زکاريا
Selasa, 8 September 2009
Ramalan Sains UPSR 2009
Antara topik lain yang perlu diberi perhatian adalah :
- Mikroorganisma ( yis dan roti) seperti soalan percubaan Pulau Pinang.
- Gear
- Penyiasatan keterlarutan gula mengikut hari. Jika soalan diberi adalah graf, pastikan anda mengetahui wtc/wto berdasarkan graf.
- Gerhana matahari dan gerhana bulan.
- Keperluan asas haiwan dengan penyiasatan terhadap saiz ikan dalam akuarium.
- Tajuk geseran dan kelajuan. Jika penyiasatan menguji satah condong dengan kelajuan guli tentukan wtc dengan tepat.
- Tuas. Sila tulis pemboleh ubah dengan lengkap.
- Kadar keapungan bahan.
کيت هاڽ مرامل . الله يڠ مننتوکن سڬالاڽا .
والسلام
والسلام
Tips Menjawab soalan sains - 018/ 2009
سلام زياره سموا
Sains adalah satu matapelajaran yang mencabar sama ada kepada pendidik mahupun murid-murid. Oleh itu di sini diberikan beberapa tips menjawab soalan sains dengan menggunakan bahasa yang mudah dan arahan yang ringkas.
Berikut adalah tips menjawab soalan sains 018-UPSR
- Sila pastikan anda menguruskan masa menjawab soalan dengan baik.
- Saya mencadangkan jawablah soalan bahagian b terlebih dahulu. Masa yang diperuntukkan ialah 30 minit.
- Kemudian baru jawab soalan bahagian a. masa diperuntukkan ialah 45 minit.
- Jika ada masa, buatlah semakan berulang kali agar kita dapat memperbetulkan jawapan yang masih keliru.
Perincian tips menjawab soalan Sains bahagian B:
- Sila tentukan topik mana soalan itu disoal. Ini kerana, isi jawapannya tidak lari daripada tajuk tersebut.
- Gunakan petikan yang diberikan. Fahamkan petikan dan gariskan kata kunci petikan yang mengandungi pemboleh ubah.
- Lihat pula rajah rangsangan yang membantu anda mencari pemboleh ubah mahupun dapatan lain.
- Anda dibenarkan menulis atau menanda ruangan kosong pada kertas jawapan untuk membantu anda menulis maklumat sampingan.
- Tentukan anda faham soalan yang dikemukakan, gariskan kata kunci soalan dan terus menjawab mengikut teknik yang telah dipelajari.
- Bagi jawapan seperti tujuan, hipotesis dan kesimpulan, sila semak setiap parameter/ kriteria dan perubahan pemboleh ubah ( sama ada menaik atau menurun wtc/wto. Ini kerana hipotesis yang salah akan menyebabkan jawapan anda turut salah.
- Tulisan hendaklah kemas dan boleh dibaca oleh pemeriksa. Jangan menulis menggunakan singkatan kelak boleh menyebabkan pemarkahan tidak berpihak kepada anda.
Tips Bahagian A.
- Sila baca sebanyak 2 kali soalan. Pertama, baca soalan untuk anda tahu soalan secara keseluruhan. Kedua, baca untuk fahamkan dan gariskan kata kunci soalan.
- Tentukan apakah topik yang terlibat dalam soalan tersebut. Jawapan tidak akan lari daripada topik yang disoal.
- Buang jawapan yang anda pasti benar-benar salah.
- pilihlah jawapan yang paling tepat menngikut kehendak soalan dan bukannya jawapan yang anda tahu.
- Tinggalkan soalan yang sukar untuk menjawab soalan berikutnya. Anda boleh menyemak soalan yang sukar itu setelah anda menjawab semua soalan lain.
- Tanda setiap soalan pada kertas soalan dan kemudian kertas OMR tanpa perlu menanda kertas OMR dihujung ujian. Kegopohan anda menanda kertas OMR akan menyebabkan anda tersalah tanda pilihan mengikut nombor soalan yang betul.
- Semak semua soalan dan jawapan sekali lagi sebelum menghantar jawapan.
سلامت ماجو جاي
اخلاص درڤد
اخلاص درڤد
زازولنيزام بين زکاريا
Langgan:
Catatan (Atom)
KE ARAH KECEMERLANGAN YANG KONSISTEN
PENCAPAIAN :
INDIVIDU
1. GURU INOVATIF SEK RENDAH 2007 - JOHAN PP
2. GURU CEMERLANG ICT 2007 - JOHAN PP
3. GURU CEMERLANG KOKURIKULUM - JOHAN PP KE KEBANGSAAN
4. GURU CEMERLANG SAINS - KPM
5. GURU CEMERLANG TMK 2009- JOHAN PP KE KEBANGSAAN
6. GURU INOVATIF (INDIVIDU) MOSTI-KPM 2013 - KETIGA
KEJURULATIHAN
2014
1. AEV Final Kebangsaan
2. First Lego League Malaysia Open
3. International Exposition & Education Research
4. NRC Penang State Level
2008
1. PIDATO YAYASAN HARAPAN KANAK-KANAK - JOHAN PP
2. PERTANDINGAN EUREKA REEE 2006-2007-JOHAN PP KE KEBANGSAAN
3. MENULIS CERITA HARI GURU - JOHAN (L) & JOHAN (P) PP
4. KIDS WITNESS NEWS ANJURAN PANASONIC
2013
1. AEV PERINGKAT KEBANGSAAN (KELIMA)
2. FIRST LEGO LEAGUE , MALAYSIA OPEN
3. NRC PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG
4. KOREOGRAFER PROGRAM SAITAMA SCHOOL MALAYSIA JAPAN
2012
1. AEV PERINGKAT KEBANGSAAN
2008
1. PIDATO YAYASAN HARAPAN KANAK-KANAK - JOHAN PP
2. PERTANDINGAN EUREKA REEE 2006-2007-JOHAN PP KE KEBANGSAAN
3. MENULIS CERITA HARI GURU - JOHAN (L) & JOHAN (P) PP
4. KIDS WITNESS NEWS ANJURAN PANASONIC
2007- JOHAN PULAU PINANG KE KEBANGSAAN
7. ESEI KEUSAHAWANAN - MECD - NAIB JOHAN KEBANGSAAN
7. ESEI KEUSAHAWANAN - MECD - NAIB JOHAN KEBANGSAAN