Utama

Jumaat, 27 Februari 2009

Kemaskini Profil Programme Base Learning Murid Tahun 6 Amanah

Para Ibu bapa/Waris Murid Tahun 6 Amanah


Melalui :

Puan Saniyah Bt Hashim
Tuan Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat

Programme Base Learning (PBL) Sains

Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk kepada pihak tuan.
2. Saya memohon jasa baik para waris untuk sama-sama membantu saya memurnikan PBL yang telah dijalankan oleh murid 6 Amanah. Program ini sebenarnya telah membolehkan kita mewakili Pulau Pinang ke peringkat kebangsaan untuk kategori Anugerah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pembelajaran. Pihak kementerian akan membuat penilaian pada 3 dan 4 Mac nanti berkaitan tahap penguasaan murid dalam TMK dan keberkesan pengajaran guru.

3. Sehubungan dengan itu, saya harapkan kerjasama ibu bapa/waris mengizinkan anak/jagaan untuk hadir ke satu kelas bimbingan TMK seperti berikut:

Tarikh : 28 Februari 2009 ( Sabtu )
Masa : 2.30 petang hingga 5.30 petang
Tempat : Makmal Komputer SKPTM

Mudah-mudahan kerjasama daripada pihak ibu bapa/waris dan keizinan Tuhan yang maha esa, penilaian tersebut dapat berjalan dengan lancar dan jayanya. Insyaallah.


Sekian, terima kasih.



Saya yang menjalankan tugas,


(ZAZOLNIZAM BIN ZAKARIA)
Guru Sains Tahun 6 Amanah
Sek. Keb. Permatang Tok Mahat

1 ulasan:

  1. PBL tu kan ambil masa, boleh ka budak sekolah rendah buat?

    BalasPadam