Utama

Ahad, 9 Februari 2014

Inovasi Sains - Genius Q

Saya ingin berkongsi satu projek inovasi yang telah saya jalankan di sekolah saya bersama anak-anak murid. Projek ini mendapat sokongan daripada pentadbiran sekolah, Jabatan Pendidikan  Pulau Pinang khususnya Puan Noor Azmah Johari dan Dato Pengarah Pendidikan Pulau Pinang. Projek ini juga turut diperluas perkongsiannya kerana turut sama menyertai Pameran Penyelidikan dan Inovasi Antarbangsa (Edu-Ineri) yang berlangsung di UPSI. 

Diharap dengan perkongsian idea ini, dapat juga menyemai semangat dalam kalangan guru untuk berkarya dalam penyelidikan pendidikan. Saya menanam azam untuk menjadikan KPI saya, satu inovasi setiap tahun. Doakan agar niat murni saya ini dapat direalisasikan. Insya Allah. 




























Selasa, 4 Februari 2014

Teknik Menjawab Sains UPSR 2014



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & Salam Sejahtera, Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah dapat lagi mencurahkan bakti dan sama-sama  berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam tips menjawab soalan Sains UPSR 2014. 

Sambutan berkaitan undangan teknik menjawab pada tahun ini amat menggalakkan. Saya memohon jasa baik tuan/puan/sekolah/agensi yang berminat untuk membuat tempahan awal memandangkan jadual saya agak padat pada tahun ini. 

Saya telah memurnikan bahan ceramah yang bersesuaian dengan format UPSR Sains terkini yang berfokus kepada aktiviti hands-on dan KBAT. Saya sangat gembira jika dapat berkongsi dengan murid-murid anda semua. 

Semoga kita sama-sama mengembling potensi murid-murid ke arah pencapaian Sains (A) UPSR 2014. Insyaallah .... 



Alamat Surat Menyurat Undangan Sains UPSR seperti di bawah : 

Zazolnizam Bin Zakaria 
SK Permatang Tok Mahat , 
14300 Nibong Tebal, 
SPS, Pulau Pinang 

melalui ; 

Tuan Guru Besar, 
SK Permatang Tok Mahat 


atau 

Faks : 057164696



Sekian, Terima Kasih & Selamat Maju Jaya.    :)