Utama

Sabtu, 20 Julai 2013

Sabtu, 11 Mei 2013

KSSR SAINS TAHUN EMPAT

     Pada 7-10 Mei 2013 yang lalu, saya telah menyertai bengkel JU KSSR Sains Tahun Empat. Saban tahun saya mengikuti bengkel ini dan ianya sangat membantu saya mengendalikan bengkel KSSR peringkat negeri nanti. 
     
     Seperti tahun-tahun yang lepas, penambahbaikan demi penambahbaikan telah dilakukan oleh pihak BPK dan LPM berkaitan dengan dasar. Antaranya, TMK dan RBT telah dipisahkan dengan sains. Maka tanggung jawab cikgu sains sudah berkurang. Pun begitu, guru sains kena menjalankan Peka seperti biasa dan Kemahiran Proses Sains (KPS) sebagai kandungan dalam Standard Pembelajaran (SP) yang perlu ditaksir. Dua Standard Pembelajaran (SP) baru dimasukkan iaitu fotosintesis dan pewarisan. 

Saya agak sedikit terkilan kerana bengkel ini masih tidak melibatkan pihak buku teks. Pada pengamatan saya, pihak buku teks harus sama terlibat memandangkan buku teks yang disediakan harus seiring dengan KSSR itu sendiri.  Kita ambil contoh buku teks tahun tiga, terutama bahagian RBT; contoh aktiviti yang diberikan sangat berat berbanding dengan DSK yang dibincangkan semasa bengkel JU KSSR DST tahun lepas. 

Dari masa ke masa saya akan memberikan bahan-bahan yang difikirkan perlu untuk perkongsian. 

Ahad, 17 Februari 2013

Himpunan Guru Muda 1Malaysia



16 Feb - Saya telah mewakili Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang untuk satu 'booth' pameran inovasi dan kreativiti dalam pembelajaran Himpunan Guru Muda 1Malaysia yang berlansung di SMK Hutan Kampung, Alor Setar, Kedah. 

Himpunan tersebut melibatkan hampir 5000 orang guru muda zon utara sekitar Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. 

Program tersebut telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Hj Mohd Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.  

Saya telah menyediakan satu projek inovasi yang bernama Genius - Q untuk dikongsi bersama-sama pada hari tersebut. Berikut adalah beberapa foto yang dapat dikongsi sempena pameran tersebut. 

Bersedia di 'booth' pameran sebelum kedatangan tetamu



Tapak permainan  Genius Q 

Genius Q dihasilkan juga dalam bentuk yang besar untuk menjadikan Genius Q lebih menarik 

Bantuan Penyediaan 'booth' daripada kumpulan Guru Muda Pulau Pinang 

Pengarah Pelajaran Negeri Pulau Pinang hadir di tapak pameran JPNPP dan menandatangani buku pelawat. 

Saya akan berkongsi tentang projek inovasi ini pada catatan blog saya kemudian untuk sama-sama kita memahami bagaimana projek ini dijalankan. Saya juga berbesar hati untuk berkongsi bahan ini jika guru-guru lain berminat untuk menjalankannya di sekolah.