Utama

Khamis, 26 November 2009

Salam Aidil Adha







Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua warga Islam di seluruh dunia. Bagi mereka yang akan pulang ke kampung, saya menyeru agar berhati-hati di jalanraya dan jangan jadikan jalanraya sebagai medan maut.

Selamat Hari Raya Aidiladha

Khamis, 19 November 2009

Tahniah!!!!!!!!







Keputusan UPSR telah diketahui. Berikut adalah pencapaian murid-murid tahun enam bagi tahun 2009.

1. Bilangan mendapat 5A = 29 0rang.
2. Bilangan mendapat 4A 1B = 25 orang.
3.Peratusan Sains meningkat daripada 83% kepada 88.2 %.
4. Bilangan mendapat A Sains meningkat daripada 28 orang kepada 49 orang.

Senarai nama murid mendapat 5A
  1. Ahmad Widad Bin Zainoddin
  2. Aini Sofiya Bt Kholed
  3. Anith Syamimi Bt Ahmad Khaizi
  4. Ghazwani Bt Nordin
  5. Hazwani Bt Nordin
  6. Ihsan B Nasran
  7. Megat Alif Nazmi B Megat Nordin
  8. Muhammad Ali Ridha B Azmi
  9. Muhammad Ammar Yassier B Abdul Hamid
  10. Muhammad Ariessa B Nordin
  11. Muhammad Haziq B Omar
  12. Muhammad Izwan Ikmal B Rozlan
  13. Muhammad Syafiq Ameer B Kamarudin
  14. Nabilah Syuhada Bt Nordin
  15. Najwa Afifah Bt Muhammad Ibrizi
  16. Nor Jannatul Irfana Bt Rafi Ahmad
  17. Nur Ain Bt Zakaria
  18. Nur Liyana Bt Nor Azhar
  19. Nuradlin Shazmy Bt Mohamad Jasmy
  20. Nurain Natasha Bt Abdul Hamid
  21. Nurul Hani Asyqin Bt Hanafi
  22. Nurul Syahirah Bt Mohamad Nazri
  23. Sabarina Bt Mohed
  24. Siti Farehah Bt Samsudin
  25. Siti Nor Atiqah Bt Md Sobri
  26. Siti Sarah Bt Tajudin
  27. Syarifah Nur Sakinah Bt Tuan Besar
  28. Nor Zalifah Bt Kamaruddin
  29. Nur Syahirah Bt Sulaiman
Pencapaian gemilang ini berjaya memecahkan rekod tiga tahun berturut-turut dengan pencapaian murid cemerlang 5A di antara 23 dan 24 orang. Kami guru-guru tahun enam amat berasa bangga dengan pencapaian anda semua. Syabas perwira SKPTM.

Rabu, 18 November 2009

Keputusan UPSR 2009 esok


Keputusan UPSR akan diumumkan pada 19 November 2009. Semua pihak tertunggu-tunggu keputusan tersebut. Selain calon-calon yang pastinya berdebar, orang ramai juga tertunggu-tunggu tentang bagaimanakah prestasi keputusan kali ini yang menyaksikan subjek Sains dan Matematik sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris buat tahun kedua.

Sebagai guru sains, saya amat teruja menunggu keputusan esok. Mana tidaknya esok juga murid tahun enam akan menyambut hari graduasi, jamuan akhir tahun dan majlis penyerahan slip keputusan UPSR 2009. Cikgu yang jadi seram sejuk lebih daripada budak-budak.

Apapun, saya mengharapkan keputusan yang lebih baik dari tahun 2008. Insyaallah. Jadi apa-apapun kita tunggu sajalah esok. ....

Sabtu, 14 November 2009

10 000 pengunjung kini...

Salam ziarah semua... saya amat berbesar hati kepada kunjungan yang anda semua berikan ke blog saya. Moga info yang saya muatkan membantu anda berdasarkan keperluan masing-masing. Saya juga akan berusaha untuk memperbaiki mutu bahan dan penyampaian melalui blog ini di masa depan.

Terima kasih atas sokongan anda semua!

Ahad, 8 November 2009

Hari Kokurikulum SPS 2009



Edit Pic bebudak ni guna picasa. Cantik jugak ler...hehehe


Kelab Seni Budaya (KSB) SKPTM dijemput untuk menyerikan majlis penutup Hari Kokurikulum peringkat Daerah SPS pada 7hb yang lalu.

Rabu, 4 November 2009

Pendaftaran ke Tingkatan 1 SMK Methodist, Parit Buntar

Salam sejahtera buat anak didik sekalian...memandangkan kebanyakan murid-murid ramai yang tidak hadir semasa sesi persekolahan yang lalu, saya ingin membuat pemberitahuan mengenai pendaftaran ke tingkatan satu sesi 2010 ke SMkK Menthodist akan dijalankan di SKPTM pada jumaat ini. Sila bawa bersama wang tunai RM1.00.


Harap Maklum