Utama

Jumaat, 12 September 2008

UPSR 2008


Ustaz Fauzi membacakan doa buat anak didik tercinta.




Semoga Allah mempermudahkan kami menghadapi peperiksaan. Amin




Alhamdulillah UPSR 2008 telah berlalu dengan selamat. Semua pelajar telah menunjukkan prestasi yang baik untuk semua subjek. Saya amat berpuas hati dengan pencapaian Sains. Setelah disemak jawapan pelajar untuk bahagian a, purata betul pada 22/30 ke atas. Ini bermaksud calon ini berpotensi besar memdapat A untuk Sains jika bahagian b mereka adalah di antara 16 hingga 20.

Soalan juga tidak begitu sukar untuk bahagian b tetapi ada beberapa soalan yang memerangkap pelajar untuk bahagian a. Apapun, UPSR 2008 telah berlalu. Penat lelah pelajar dan guru telah pun dijana. Hasilnya bakal menjelma November nanti.
Akhirul kalam....bersama doakan keputusan yang cemerlang untuk mereka. Amin ...Wassalam