Utama

Rabu, 24 Oktober 2007

Anugerah Guru Cemerlang Kokurikulum 2007 Pulau Pinang

Syukur ke hadrat Ilahi kerana kali ini saya berjaya meraih satu lagi kemenangan untuk diri ini khususnya dan SKPTM amnya. Anugerah Guru Cemerlang Koko (AGCKK) menjadi pelengkap kemenangan saya secara peribadi setelah memenangi 2 anugerah sebelum ini yang menjadi idaman seluruh warga pendidik iaitu :
1. Johan Anugerah Guru Inovatif Pulau Pinang ( Kategori Guru Sekolah Rendah)
2. Johan Anugerah Guru Cemerlang ICT Pulau Pinang 2007.
Ketiga-tiga anugerah ini adalah berkat usaha dan kerja kuat bukan hanya bermula 2007, malah memerlukan persediaan sejak 3 tahun kebelakangan ini.
Pelbagai onak duri untuk menggapai bintang ini berbalas akhirnya dengan kemanisan yang tidak dapat dinilai harganya. Saya amat berterima kasih kepada pihak JPN, PPD Selatan, Pn Saniyah Hashim ( Guru Besar SKPTM), Pn Salmah (PK1), Muhd Husaini khasnya yang banyak memberi galakan dalam karier perguruan saya ini. Buat rakan-rakan sekalian, nasihat dan komen yang anda berikan adalah penggerak dan motivasi untuk saya terus berjaya.
Akhir sekali, buat seluruh anak didikku sejak 1999 hingga kini; terima kasih atas kerjasama yang anda semua lakukan buat saya. tanpa kalian sudah pasti saya tidak akan sampai ke tahap ini. Standing ovation yang saya terima pada 24hb Oktober 2007 oleh seluruh warga pendidikan Pulau Pinang akan dikenang sepanjang hayat ini.