Khamis, 11 Mac 2010
Transformasi Pendidikan Bermula 2010
Saya telah dihubungi oleh BPK untuk satu kursus menjadi JU kepada Tranformasi Kurikulum khas bagi penerapan inovasi & kreativiti dalam P&P. Bunyinya macam berat dan tugas yang besar, tapi rasa terharu juga kerana turut terpilh. Dapatlah saya berjumpa dengan guru-guru pakar seluruh Malaysia. Selalunya medan beginilah kami jadikan tempat untuk berkongsi ilmu dan bertukar pendapat mengenai pendidikan sains.
Berikut adalah petikan daripada Berita Harian berkaitan program yang dirancang oleh Menteri Pelajaran.
KUALA LUMPUR 12 Jun – Kementerian Pelajaran akan melaksanakan transformasi sistem pendidikan bermula 2010 bagi meningkatkan kualiti akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah murid.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, transformasi tersebut akan melibatkan beberapa perubahan dari segi kurikulum dan sistem peperiksaan sekolah.
”Kami akan buat perubahan dari segi kandungan kurikulum supaya ia menjadi lebih menarik dan seronok serta tidak membebankan pelajar.
”Kita nak wujudkan konsep ‘pelajar berlari ke sekolah dan berjalan pulang ke rumah’ sebagai menunjukkan betapa mereka seronok dan teruja untuk menimba ilmu di sekolah,” katanya ketika berucap merasmikan sambutan Hari Guru peringkat daerah Hulu Langat di sini hari ini.
Alimuddin berkata, selain kurikulum, transformasi tersebut juga akan melibatkan perubahan kepada sistem penilaian supaya tidak hanya berasaskan peperiksaan.
Menurutnya, melalui sistem penilaian baru itu, prestasi para pelajar akan dinilai sejak mereka berada di tahun satu lagi.
”Ini bermakna ketika pelajar-pelajar itu menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), peperiksaan mereka melibatkan silibus yang kecil sahaja kerana mereka telah dinilai sejak awal lagi,” jelasnya.
Beliau memberitahu, sistem yang bakal dilaksanakan itu akan menggunakan sistem pengumpulan mata seperti dilaksanakan di universiti.
Menurut Alimuddin lagi, tahun ini sebanyak 50 sekolah telah dipilih sebagai perintis bagi melaksanakan transformasi tersebut dan ia akan diteruskan kepada 500 buah lagi pada tahun hadapan serta ke seluruh negara menjelang 2010.
Beliau berharap, melalui mekanisme transformasi itu, lebih ramai pelajar yang bermutu, berilmu pengetahuan dan berdisiplin dapat dilahirkan menjelang tahun 2020.
”Pelajar-pelajar yang berada di peringkat sekolah sekarang ini akan berusia antara 20 hingga 30 tahun menjelang 2020 dan produktiviti mereka sangat diperlukan untuk memajukan negara,” katanya.
Khamis, 28 Januari 2010
PEKA Science Year Six
PANDUAN PEKA- TAHUN 6
Kepada guru-guru memerlukan bimbingan dan contoh Pentaksiran Sains Tahun 6 bolehlah memuat turun beberapa contoh pentaksiran yang mengikuti buku amali yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Selamat Maju Jaya !
Rabu, 27 Januari 2010
MODUL PROGRAM DIDIK CEMERLANG AKADEMIK SAINS UPSR
Anda boleh mendapatkan soalan tersebut dengan 'mengklik' pada laman blog Bidang Sains saya. ---> http://gcsainszazolnizam.blogspot.com/
Selamat Mendidik.
Isnin, 25 Januari 2010
20 Sekolah Berprestasi Tinggi
Sekolah terbabit adalah:
Sekolah berasrama penuh:
1. Sekolah Tun Fatimah (STF), Johor Bahru
2. Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR), Seremban
3. Kolej Melayu Kuala Kangsar (KMKK), Perak
4. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
5. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Kedah
6. Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Seremban
7. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang
8. Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis
9. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
10. Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah , Melaka
Sekolah menengah harian:
1. Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur
3. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma, Kedah
4. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St George, Pulau Pinang
Sekolah rendah:
1. Sekolah Kebangsaan Seri Bintang utara, Kuala Lumpur
2. Sekolah Kebangsaan Zainab (2) Kota Bharu, Kelantan
3. Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1, Kuala Lumpur
4. Sekolah Convent Kota Taiping, Perak
5. Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur
6. Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru
Jumaat, 22 Januari 2010
Jadual Waktu Program Mercu Jaya –UPSR 2010
Jadual Program Mercu Jaya ( Kelas Bimbingan Sinar Gemilang)
Anjuran PIBG, SKPTM
Tarikh |
WAKTU | Tahun 6 Amanah | Tahun 6 Bestari | Tahun 6 Cekal | Tahun 6 Dedikasi | Tahun 6 Elit |
25 Jan 2010 Isnin | 1.45 ptg- 3.15 ptg | SAINS ZZ | BI YY | BI RM | BM MM | BM HR |
26 Jan 2010 Selasa | 1.45 ptg- 3.15 ptg | BI RM | MT SK | SAINS ZZ | BI AT | BI YY |
28 Jan 2010 Khamis | 1.45 ptg- 3.15 ptg | BM MM | SN RB | MT IM | MT SK | SAINS ZZ |
29 Jan 2010 Jumaat | 2.45 ptg- 4.15 ptg | MT IM | BM HR | BM MM | SAINS RB | MT SK |
Mulai Februari Jadual Kelas Bimbingan Sinar Gemilang adalah seperti berikut:
Tarikh |
WAKTU | Tahun 6 Amanah | Tahun 6 Bestari | Tahun 6 Cekal | Tahun 6 Dedikasi | Tahun 6 Elit |
Isnin | 8.15 mlm -9.45 mlm | SAINS ZZ | BI YY | BI RM | BM MM | BM HR |
Selasa | 8.15 mlm -9.45 mlm | BI RM | SAINS ZZ | BI YY | ||
Rabu | 8.15 mlm -9.45 mlm | BM MM | SN RB | MT IM | SAINS ZZ | |
Khamis | 8.15 mlm -9.45 mlm | MT IM | BM HR | BM MM | SAINS RB | |
Jumaat 3.30 -5.00 ptg | BI AT | MT SK | ||||
Ahad 8.30-10.00 pg | MT SK | |||||
Ahad 10.30- 12.00 tgh | MT SK |
Kelas PDCA - Waktu Petang(Tajaan PUZ, ICU & PERDA) Mulai Februari
Tarikh | WAKTU | Tahun 6 Amanah | Tahun 6 Bestari | Tahun 6 Cekal | Tahun 6 Dedikasi | Tahun 6 Elit |
Isnin | 1.45 ptg- 3.15 ptg | SAINS ZZ | BI YY | BI RM | BM MM | BM HR |
Selasa | 1.45 ptg- 3.15 ptg | BI RM | MT SK | SAINS ZZ | BI AT | BI YY |
Khamis | 1.45 ptg- 3.15 ptg | BM MM | SN RB | MT IM | MT SK | SAINS ZZ |
Jumaat | 2.45 ptg- 4.15 ptg | MT IM | BM HR | BM MM | SAINS RB | MT SK |
Isnin, 21 Disember 2009
Takwim Persekolahan 2010
Penggal | Cuti dan Hari Persekolahan | Mula | Akhir | Hari |
I | Hari Persekolahan | 04.01.2010 | 31.01.2010 | 20 |
Hari Persekolahan | 01.02.2010 | 28.02.2010 | 20 | |
Hari Persekolahan | 01.03.2010 | 12.03.2010 | 10 | |
Cuti Pertengahan Penggal | 13.03.2010 | 21.03.2010 | 9 | |
Hari Persekolahan | 22.03.2010 | 31.03.2010 | 8 | |
Hari Persekolahan | 01.04.2010 | 30.04.2010 | 22 | |
Hari Persekolahan | 01.05.2010 | 31.05.2010 | 21 | |
Hari Persekolahan | 01.06.2010 | 04.06.2010 | 04 | |
Cuti Pertengahan Tahun | 05.06.2010 | 20.06.2010 | 16 | |
II | Hari Persekolahan | 21.06.2010 | 30.06.2010 | 08 |
Hari Persekolahan | 01.07.2010 | 31.07.2010 | 22 | |
Hari Persekolahan | 01.08.2010 | 31.08.2010 | 22 | |
Hari Persekolahan | 01.09.2010 | 03.09.2010 | 03 | |
Cuti Pertengahan Penggal | 04.09.2010 | 12.09.2010 | 9 | |
Hari Persekolahan | 13.09.2010 | 30.09.2010 | 14 | |
Hari Persekolahan | 01.10.2010 | 31.10.2010 | 21 | |
Hari Persekolahan | 01.11.2010 | 19.11.2010 | 15 | |
Cuti Akhir Tahun | 20.11.2010 | 02.01.2011 | 43 | |
Jumlah | 287 | |||
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am | 210 | |||
Jumlah Hari Cuti Penggal | 77 | |||
Khamis, 3 Disember 2009
Bahan Kerja Bahagian B untuk Murid yang Rajin
Berikut adalah bahan kerja yang saya bekalkan untuk murid tahun 6 amanah sebagai revisi sebelum kelas isnin ini.
klik pada link di bawah untuk muat turun. harap maklum.
http://www.scribd.com/doc/23564469/sec-b
cubalah ye....
Khamis, 26 November 2009
Salam Aidil Adha
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua warga Islam di seluruh dunia. Bagi mereka yang akan pulang ke kampung, saya menyeru agar berhati-hati di jalanraya dan jangan jadikan jalanraya sebagai medan maut.
Selamat Hari Raya Aidiladha
Khamis, 19 November 2009
Tahniah!!!!!!!!
1. Bilangan mendapat 5A = 29 0rang.
2. Bilangan mendapat 4A 1B = 25 orang.
3.Peratusan Sains meningkat daripada 83% kepada 88.2 %.
4. Bilangan mendapat A Sains meningkat daripada 28 orang kepada 49 orang.
Senarai nama murid mendapat 5A
- Ahmad Widad Bin Zainoddin
- Aini Sofiya Bt Kholed
- Anith Syamimi Bt Ahmad Khaizi
- Ghazwani Bt Nordin
- Hazwani Bt Nordin
- Ihsan B Nasran
- Megat Alif Nazmi B Megat Nordin
- Muhammad Ali Ridha B Azmi
- Muhammad Ammar Yassier B Abdul Hamid
- Muhammad Ariessa B Nordin
- Muhammad Haziq B Omar
- Muhammad Izwan Ikmal B Rozlan
- Muhammad Syafiq Ameer B Kamarudin
- Nabilah Syuhada Bt Nordin
- Najwa Afifah Bt Muhammad Ibrizi
- Nor Jannatul Irfana Bt Rafi Ahmad
- Nur Ain Bt Zakaria
- Nur Liyana Bt Nor Azhar
- Nuradlin Shazmy Bt Mohamad Jasmy
- Nurain Natasha Bt Abdul Hamid
- Nurul Hani Asyqin Bt Hanafi
- Nurul Syahirah Bt Mohamad Nazri
- Sabarina Bt Mohed
- Siti Farehah Bt Samsudin
- Siti Nor Atiqah Bt Md Sobri
- Siti Sarah Bt Tajudin
- Syarifah Nur Sakinah Bt Tuan Besar
- Nor Zalifah Bt Kamaruddin
- Nur Syahirah Bt Sulaiman
Rabu, 18 November 2009
Keputusan UPSR 2009 esok
Sebagai guru sains, saya amat teruja menunggu keputusan esok. Mana tidaknya esok juga murid tahun enam akan menyambut hari graduasi, jamuan akhir tahun dan majlis penyerahan slip keputusan UPSR 2009. Cikgu yang jadi seram sejuk lebih daripada budak-budak.
Apapun, saya mengharapkan keputusan yang lebih baik dari tahun 2008. Insyaallah. Jadi apa-apapun kita tunggu sajalah esok. ....
Sabtu, 14 November 2009
10 000 pengunjung kini...
Terima kasih atas sokongan anda semua!
Ahad, 8 November 2009
Hari Kokurikulum SPS 2009
Edit Pic bebudak ni guna picasa. Cantik jugak ler...hehehe
Rabu, 4 November 2009
Pendaftaran ke Tingkatan 1 SMK Methodist, Parit Buntar
Harap Maklum
Selasa, 27 Oktober 2009
Sekolah Cemerlang Kokurikulum, RIMUP & Peserta Kursus IAB
Selang beberapa hari selepas itu juga, SKPTM telah didatangi oleh peserta kursus Pengurusan Kokurikulum dari IAB Cawangan Utara dan ada juga gambar yang diselitkan merangkumi gambar semasa kedatangan Panel Penilai Sekolah Cemerlang Kokurikulum Peringkat Kebangsaan 2009.
Isnin, 26 Oktober 2009
KE ARAH KECEMERLANGAN YANG KONSISTEN
PENCAPAIAN :
INDIVIDU
1. GURU INOVATIF SEK RENDAH 2007 - JOHAN PP
2. GURU CEMERLANG ICT 2007 - JOHAN PP
3. GURU CEMERLANG KOKURIKULUM - JOHAN PP KE KEBANGSAAN
4. GURU CEMERLANG SAINS - KPM
5. GURU CEMERLANG TMK 2009- JOHAN PP KE KEBANGSAAN
KEJURULATIHAN
2008
1. PIDATO YAYASAN HARAPAN KANAK-KANAK - JOHAN PP
2. PERTANDINGAN EUREKA REEE 2006-2007-JOHAN PP KE KEBANGSAAN
3. MENULIS CERITA HARI GURU - JOHAN (L) & JOHAN (P) PP
4. KIDS WITNESS NEWS ANJURAN PANASONIC
7. ESEI KEUSAHAWANAN - MECD - NAIB JOHAN KEBANGSAAN










