Followers List

Jumaat, 29 Ogos 2008

Karnival Prasekolah Pulau Pinang

0 ulasan




Pagi tadi bertempat di Dewan Seri Pinang, Pulau Pinang telah diadakan karnival prasekolah 2008 peringkat negeri. Pasukan tarian bimbingan saya telah mengambil bahagian dan menjadi naib johan.

Saya bangga dengan pencapaian mereka. Bagi saya merekalah juara.

I am looking For a Teacher

0 ulasan
I am looking for a teacher
Who is beautiful inside
Honest with the students
Giving them a sense of pride

I am looking for a teacher
With a healthy self esteem
Who clearly states the rules
And doesn’t have to scream

I am looking for a teacher
Who creatively prepares
But Whose first priority
Is to convey that she cares

I am looking for a teacher
Who is interested, not aloof
Who treat her students with respect
Even when they goof

I am looking for a teacher
Who knows how to laugh and smile
Who enjoys what she’s doing
And goes the extra miles

I am looking for a teacher
Who believes all students can learn
Who praises their efforts and talents
They give their best return

I am looking for a teacher
Who communicates with parents well
Gently and carefully selecting words
When there’s problem to tell

I am looking for a teacher
Who will fill a child with desire
To love to learn more every day
With curiosity that won’t tire

I am looking for a teacher
Who encourages children to have a dream
To work at solving problems
Building their self esteem
There are some teachers out there
The kind I am looking for
For their student’s success
They have opened the door.

Selasa, 19 Ogos 2008

Majlis Makan Malam SMJKC Kerian

0 ulasan

ASAT 2008

0 ulasan



ASAT 2008

0 ulasan
Asat tahun ini bagaikan dilanda kekecohan. Dengan beberapa aspek teknikal yang mengalami masalah seperti stage yang tidak sesuai. Siapa yang pergi asat di SMK Kampung Selamat tu tahulah macam mana seksanya bebudak nak menari.

Tambah teruk pengadil yang telah dipilih sebenarnya menjadi isu oleh Kekkwa sendiri. Seperti yang diterangkan En Azizan bahawa ahkim terdiri daripada pegawai kebudayaan kedah dan Penang. Setelah kami bertanya dengan Kekkwa Penang, rupanya hakim hari tu jenis tangkap muat je. Maybe kawan En Azizan kot. Sila komen ye..En Azizan.

Pada mulanya ada sesi taklimat selepas pertandingan tarian tradisional. Tetapi dibatalkan sebab SMK Mutiara Impian ( Kebangsaan 2007) dan SMK Teluk Bahang(Kebangsaan 2008) yang masing-masing pernah mewakili Pulau Pinang ingin membuat bantahan kepada penganjur. Akhirnya penganjur membatalkan taklimat tersebut dan hari penyampaian hadiah juga tidak diminta pemenangnya yang kareografernya kawan si hakim bidan terjun tu. Bagi saya itu satu penganiayaan kepada pelajar-pelajar yang mengambil bahagian. Buta-buta kita nampak St George ada penarinya yang masih membilang ( latihan tak cukuplah tu) dan ada yang tidak membuat gerakan boleh menjadi johan. Kesimpulannya, kami tak nak buat kecoh, biarlah semua berlalu. Saat paling manis bila melihat anak didik saya telah pergi jauh dalam bidang ini.




Festival Tari Pulau Pinang Kategori Sekolah Menengah

0 ulasan
Budaya dijunjung, adat dikelek.





Pada 24 Julai yang lalu telah diadakan satu pertandingan tarian anjuran JPN yang telah diwakili oleh pelajar bimbingan saya dan Puan Aida. Kami membawa pasukan SMK Mutiara Impian dan dalam pertandingan itu SMKMI mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tarian tradisional.






Tarian Tradisional dengan muzik Zapin Hari Ribut, Inang Pulau Kampai dan Joget Serampang Laut.






Persembahan Tarian Etnik Rakyat dengan menampilkan etnik rakyat Terengganu Petendu Patende

Rabu, 28 Mei 2008

Ahad, 6 April 2008

Bimbingan Buat Anak Didik Sepanjang 2007

0 ulasan


Pencapaian Cemerlang SKPTM

0 ulasan






Berikut adalah beberapa pencapaian yang mampu saya bantu untuk kecemerlang SKPTM.

Isnin, 26 November 2007

Ahad, 11 November 2007

Alya Sabrina Mengharumkan Nama SKPTM

0 ulasan

Baru-baru ini telah diadakan Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Sekolah Rendah peringkat Kebangsaan 2007. Dalam Pertandingan itu, srikandi SKPTM ini telah dinobatkan sebagai juara bagi pertandingan itu mengalahkan 14 peserta lain dalam kategorinya. Dengan cerita bertajuk 'Siti Muslihat' yang disampaikan dengan gayanya tersendiri. Adik Alya mendapat bimbingan daripada Puan Siti Hamidah yang begitu komitmen dan penuh dedikasi itu. SYABAS diucapkan! Serlahkan sinar SKPTM.

Rabu, 7 November 2007

'Presentatation' Pertandingan Guru Inovatif 2008

0 ulasan
Gambar :Saya, Pn Sakinah, Mr Jerome dan En Wahid.




6 NOV- Hari ini adalah hari 'presentation' untuk calon guru inovatif 2008. Saya merupakan orang yang ketiga membuat persembahan. Persembahan ppt (power point presentation) daripada 8 orang calon yang mengikuti latihan penulisan dan persediaan bagi pertandingan guru inovatif 2008. Bagi saya, kemenangan 2007 menjadi pembakar semangat untuk saya agar terus berjaya dan melakar kejayaan buat tahun 2008 dan mendatang. Banyak pengetahuan baru yang diperolehi di sini terutamanya daripada guru-guru cemerlang seperti Mr. Tan ( YDP Guru Cemerlang Pulau Pinang) Madam Boey dan ramai lagi.

Kali ini saya menampilkan tajuk ' Super Science Project' atau (SSP) buat ketika ini. pembaharuan dan pembaikpulihan akan dilakukan hari demi hari. Bagi saya, R&D amat penting dalam pendidikan. Justeru, terpulang kepada para guru untuk menjadikan kerja murni ini sebagai satu medan menambahkan pengetahuan diri sendiri, sekolah, Jabatan, Kementerian dan masyarakat.


Kebanyakan rakan-rakan mmbantu saya untuk membaiki kualiti SSP saya. Kursus ini amat berguna dan memberikan pengalaman yang bermakna untuk saya baiki pencapaian saya di hari mendatang.


Rabu, 24 Oktober 2007

0 ulasan
Anugerah Guru Cemerlang Kokurikulum 2007 Pulau Pinang

Syukur ke hadrat Ilahi kerana kali ini saya berjaya meraih satu lagi kemenangan untuk diri ini khususnya dan SKPTM amnya. Anugerah Guru Cemerlang Koko (AGCKK) menjadi pelengkap kemenangan saya secara peribadi setelah memenangi 2 anugerah sebelum ini yang menjadi idaman seluruh warga pendidik iaitu :
1. Johan Anugerah Guru Inovatif Pulau Pinang ( Kategori Guru Sekolah Rendah)
2. Johan Anugerah Guru Cemerlang ICT Pulau Pinang 2007.
Ketiga-tiga anugerah ini adalah berkat usaha dan kerja kuat bukan hanya bermula 2007, malah memerlukan persediaan sejak 3 tahun kebelakangan ini.
Pelbagai onak duri untuk menggapai bintang ini berbalas akhirnya dengan kemanisan yang tidak dapat dinilai harganya. Saya amat berterima kasih kepada pihak JPN, PPD Selatan, Pn Saniyah Hashim ( Guru Besar SKPTM), Pn Salmah (PK1), Muhd Husaini khasnya yang banyak memberi galakan dalam karier perguruan saya ini. Buat rakan-rakan sekalian, nasihat dan komen yang anda berikan adalah penggerak dan motivasi untuk saya terus berjaya.
Akhir sekali, buat seluruh anak didikku sejak 1999 hingga kini; terima kasih atas kerjasama yang anda semua lakukan buat saya. tanpa kalian sudah pasti saya tidak akan sampai ke tahap ini. Standing ovation yang saya terima pada 24hb Oktober 2007 oleh seluruh warga pendidikan Pulau Pinang akan dikenang sepanjang hayat ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

KE ARAH KECEMERLANGAN YANG KONSISTEN


PENCAPAIAN :

INDIVIDU


1. GURU INOVATIF SEK RENDAH 2007 - JOHAN PP
2. GURU CEMERLANG ICT 2007 - JOHAN PP
3. GURU CEMERLANG KOKURIKULUM - JOHAN PP KE KEBANGSAAN
4. GURU CEMERLANG SAINS - KPM
5. GURU CEMERLANG TMK 2009- JOHAN PP KE KEBANGSAAN
6. GURU INOVATIF (INDIVIDU) MOSTI-KPM 2013 - KETIGA


KEJURULATIHAN

2014
1. AEV Final Kebangsaan
2. First Lego League Malaysia Open
3. International Exposition & Education Research
4. NRC Penang State Level

2013

1. AEV PERINGKAT KEBANGSAAN (KELIMA)
2. FIRST LEGO LEAGUE , MALAYSIA OPEN
3. NRC PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG
4. KOREOGRAFER PROGRAM SAITAMA SCHOOL MALAYSIA JAPAN

2012
1. AEV PERINGKAT KEBANGSAAN


2008
1. PIDATO YAYASAN HARAPAN KANAK-KANAK - JOHAN PP
2. PERTANDINGAN EUREKA REEE 2006-2007-JOHAN PP KE KEBANGSAAN
3. MENULIS CERITA HARI GURU - JOHAN (L) & JOHAN (P) PP
4. KIDS WITNESS NEWS ANJURAN PANASONIC

2007- JOHAN PULAU PINANG KE KEBANGSAAN
7. ESEI KEUSAHAWANAN - MECD - NAIB JOHAN KEBANGSAAN