Followers List

Rabu, 29 Julai 2009

H1N1: Kampus kejuruteraan USM ditutup seminggu

0 ulasan




GEORGETOWN: Kampus kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) di Nibong Tebal ditutup selama seminggu, mulai hari ini selepas 20 pelajarnya dikesan dijangkiti penyakit seperti influenza atau ILI.

Perkara itu disahkan Timbalan Pendaftarnya, Mohamad Abdullah menerusi satu kenyataan media di sini, sebentar tadi.

"Hanya aktiviti akademik serta kuliah ditangguhkan dan ia akan dijadualkan semula nanti.

"Aktiviti lain akan berjalan seperti biasa," katanya.

Selasa, 28 Julai 2009

RM3.6j beli alat cegah wabak di sekolah

0 ulasan

JOHOR BAHRU 27 Julai - Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM3.6 juta kepada sekolah di seluruh negara untuk membeli peralatan pencegahan penularan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1).

Pembelian peralatan seperti termometer, penutup mulut dan hidung serta sanitizer itu diluluskan Kementerian Pelajaran dalam mesyuarat Jawatankuasa Induk 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan) minggu lalu.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, peruntukan tersebut akan disalurkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dalam tempoh terdekat untuk diedarkan ke sekolah-sekolah.

''Setiap sekolah akan mendapat satu termometer. Jumlah penutup mulut dan hidung serta sanitizer yang akan diberi itu bergantung kepada jumlah pelajar,'' katanya selepas mendengar taklimat berkenaan H1N1 di JPN Johor di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, kementerian tidak akan menangguhkan peperiksaan biarpun terdapat beberapa sekolah yang terpaksa ditutup akibat wabak tersebut.

Kata beliau, sekiranya sekolah itu dijangkiti H1N1, Lembaga Peperiksaan telah mengatur alternatif untuk mengendalikan peperiksaan berkenaan.

Menurut Ka Siong, kementerian memaklumkan kepada setiap negeri dan dari semasa ke semasa Lembaga Peperiksaan akan menghubungi pihak sekolah termasuk pengawas peperiksaan untuk mengambil langkah sewajarnya termasuk membuka bilik khas.

''Kita awal-awal lagi telah membuat persiapan bagi menghadapi wabak penyakit yang mengancam perjalanan peperiksaan.

''Jika ada pelajar dihantar ke hospital, dia akan dimasukkan ke dalam bilik khas. Pembatalan atau penangguhan peperiksaan adalah jalan terakhir. Kita tidak akan membuat pilihan tersebut seandainya kita dapat lakukan kesemua ini,'' katanya.

Peperiksaan seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan berlangsung 8 hingga 10 September, Penilaian Menengah Rendah (PMR) dari 7 hingga 9 Oktober, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 19 Oktober - 16 Disember, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 19 - 27 Oktober dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dari 18 November hingga 10 Disember.

Sementara itu, Ka Siong memberitahu, mulai hari ini, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Johor Bahru ditutup selama seminggu kerana tiga daripada pelajarnya disyaki positif H1N1.

Sebelum ini, Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru ditutup selama seminggu bermula 24 Julai lalu kerana 59 pelajarnya disyaki menghidap penyakit serupa influenza (ILI).

Utusan Malaysia Online: 28 Julai 2009

Nota Sains UPSR

1 ulasan

Kepada sesiapa yang berminat nak baca nota revisi Sains tahun 6, boleh klik ikon pada sebelah kanan yang tertera.

Untuk mempromosi blog nota tersebut, saya juga link juga di sini .
Harap maklum.




Jumaat, 24 Julai 2009

Bengkel Pelan Tindakan Pelaksanaan Pengajaran Matematik dan sains Tahun 2012

1 ulasan
Salam ziarah semua, pagi tadi saya telah menerima sepucuk surat daripada Bahagian Pendidikan Guru (BPG) Putrajaya untuk hadir ke bengkel seperti tertera di atas. Ia bertujuan untuk merancang pelan tindakan bagi menyediakan guru matematik dan sains mengajar dalam bahasa melayu.

Dalam kekalutan menyediakan murid-murid menghadapi peperiksaan percubaan upsr, sebagai kakitangan kerajaan saya bersedia untuk tujuan itu. Lagi pun boleh jumpa rakan-rakan guru dari negeri lain.

Program ini juga adalah program baru yang akan menggantikan PPSMI yang akan berakhir kelak. Sebagai informasi, kami akan berbengkel seperti maklumat di bawah:


Tarikh : 27-29 Julai 2009 Tempat : Hotel Putra, Kuala Lumpur.

Harapan saya agar perubahan yang dibawa oleh YB menteri kita ini akan menyemarakkan lagi pendidikan sains dan mengangkasakan bahasa melayu.

Rabu, 8 Julai 2009

Kabinet lulus Matematik, Sains dalam Bahasa Melayu

0 ulasan
Petikan dari Berita Harian; Mutakhir

PUTRAJAYA: Kabinet hari ini meluluskan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah kebangsaan dan menengah dilaksanakan dalam Bahasa Melayu berkuatkuasa pada 2012.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pelaksanaannya bermula berperingkat mulai 2012 bagi Tahun Satu dan Tahun Empat, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat.

Beliau berkata, bagi Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil, pengajaran dan pembelajaran dua subjek itu akan dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing.

Serentak itu, katanya, kerajaan memutuskan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan perlu dimantapkan lagi.

“Pelaksanaan keputusan Kabinet bagi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik ini akan berkuatkuasa pada 2012.

“Ia bermula secara berperingkat dan perubahan ini tidak membabitkan tingkatan enam dan matrikulasi,” katanya pada sidang media khas bagi mengumumkan keputusan Kabinet itu di sini.

Bagi memastikan pelaksanaannya tidak menjejaskan pencapaian murid yang sedang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), Muhyiddin berkata, pengajaran dan peperiksaan kedua-dua mata pelajaran terbabit akan dilaksanakan dalam dwi bahasa sehingga kumpulan terakhir PPSMI tamat pada 2014.

Beliau berkata, kerajaan mengambil keputusan itu selepas meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan berhubung PPSMI, sama ada yang dilaksanakan Kementerian Pelajaran atau badan bebas sejak dasar terbabit mula diperkenalkan pada 2003.

Katanya, hasil kajian itu menunjukkan dasar itu tidak pernah dilaksanakan seperti yang dihasratkan.

“Apa yang dilaksanakan ialah PPSMI/BM, di mana guru mengajar pelajaran Sains dan matematik dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu,” katanya

PPSMI dimansuhkan?

0 ulasan
Petikan dari Utusan Malaysia 8 Julai 2009
Oleh Luqman Haziq, Arif Nizam
Abdullah dan Mohamad Shofi Mat Isa
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 7 Julai – Adakah mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar menggunakan bahasa Melayu?

Jawapan persoalan yang ditunggu-tunggu itu akan terjawab esok apabila keputusan muktamad mengenai dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) diumumkan esok.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual membuat pengumuman itu selepas membentangkan laporan hasil kajian PPSMI dalam mesyuarat Kabinet di Putrajaya.

Beliau juga akan mengemukakan cadangan yang menjadi kata putus tentang masa depan PPSMI - sama ada diteruskan atau dimansuhkan sama sekali.

Satu sidang media akan diadakan bagi mengumumkan keputusan Jemaah Menteri itu di Kementerian Pelajaran pukul 2.30 petang.

Sementara itu, Muhyiddin pada sidang akhbarnya di Pagoh hari ini memberitahu, keputusan mengenai dasar PPSMI tidak dibuat terburu-buru atau atas desakan serta tekanan daripada mana-mana pihak.

‘‘Ia berdasarkan kepentingan pelajar dan pentingnya mempertingkatkan sistem pendidikan negara,’’ katanya selepas melancarkan program Gerak Bakti UPSR AmanahRaya.

Tegas Muhyiddin, apa juga keputusan yang dibuat akan menjadi satu dasar dan tiada sebarang rayuan kerana pihaknya sudah menerima pandangan bertahun-tahun lamanya.

Pihak kementerian juga, katanya, telah membuat pelbagai kajian dan menemui pelbagai hasil dan pendapat.

‘‘Saya akan bentangkan esok di samping itu kita akan melihat ke hadapan bagaimana kita dapat meneruskan usaha memartabatkan Bahasa Kebangsaan dan pada masa sama memperkukuhkan bahasa Inggeris dan itu adalah perkara pokok,’’ katanya.

Muhyiddin berkata, beliau telah menemui kumpulan berkepentingan dalam soal pendidikan menerusi perbincangan serta meja bulat dan kini mendapat gambaran yang jelas mengenai PPSMI.

Mengulas pandangan Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung isu itu, Timbalan Perdana Menteri mengakui menemui bekas Perdana Menteri yang disifatkan sebagai satu proses perbincangan atau musyawarah.

Beliau juga memberitahu telah membentang perkara itu pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO beberapa minggu lalu.

Kajian pelaksanaan PPSMI dilakukan berikutan reaksi pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), para akademik, pencinta bahasa, persatuan pelajar dan ahli-ahli politik.

Kebanyakan pandangan tidak bersetuju dasar tersebut diteruskan kerana selepas enam tahun pelaksanaannya, terdapat petunjuk kemerosotan keputusan peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran.

Bantahan juga menjurus kepada kekhuatiran kedudukan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan akan terjejas selain masalah kekurangan guru yang fasih bahasa Inggeris untuk mengajar kedua-dua mata pelajaran itu.

Sementara itu, Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM), Profesor Datuk Dr. Zainal Kling ketika dihubungi meletakkan harapan yang tinggi terhadap keputusan Kabinet esok.

‘‘Diharap keputusan itu akan menjadi penentu kepada kejayaan konsep 1Malaysia dengan kembali memartabatkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

‘‘Untuk membolehkan hasrat itu menjadi kenyataan, maka PPSMI wajib dimansuhkan dan kembali kepada asal di mana pengajaran di semua peringkat adalah dalam bahasa Melayu,’’ katanya.

Beliau juga yakin pemansuhan PPSMI akan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kesungguhan kerajaan memartabatkan bahasa dan membina bangsa melalui penggunaan Bahasa Kebangsaan yang tunggal.

Zainal juga percaya PPSMI jika dimansuhkan akan memberi keyakinan kepada lulusan universiti untuk mempelajari bahasa asing terutama bahasa Inggeris sebagai nilai tambah bagi menghadapi saingan globalisasi.

Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Ismail Hussein berkata, PPSMI jika diteruskan akan menimbulkan masalah kepada golongan cendekiawan.

Katanya, pelaksanaan PPSMI hanya memberi keselesaan kepada kelompok bandar manakala pelajar luar bandar akan terus tertekan sehingga mewujudkan ketidakseimbangan bagi bangsa Melayu itu sendiri.

Beliau juga bimbang PPSMI jika diteruskan akan menjadikan kelompok di bandar yang sebenarnya minoriti menjadi majoriti dan menguasai segalanya.

“Jika situasi sedemikian berlaku, negara kita akan menjadi negara yang porak peranda akibat bahasa ibunda kita sendiri tidak dimartabatkan tetapi mengagung-agungkan bahasa asing,” jelasnya.

Sabtu, 4 Julai 2009

Science UPSR

0 ulasan


Sample Question SPS ( without table and graph)


Two similar seeds were planted in two pots of the same size. The diagram

below shows the observation after 2 weeks.






a) Give one reason why plant in pot A is bigger than plant in pot B?

…………………………………………………………………………………

[ 1 Mark ]

b) What is to be kept the same ?

………………………………………………………………………………………

[ 1 Mark ]

c) State two things to measure based on the observation.

1. ……………………………………………………………………………………

2. ……………………………………………………………………………………

[ 2 Marks ]

d) Make one conclusion from the fair test.

…………………………………………………………………………………

[ 1 Mark ]



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

KE ARAH KECEMERLANGAN YANG KONSISTEN


PENCAPAIAN :

INDIVIDU


1. GURU INOVATIF SEK RENDAH 2007 - JOHAN PP
2. GURU CEMERLANG ICT 2007 - JOHAN PP
3. GURU CEMERLANG KOKURIKULUM - JOHAN PP KE KEBANGSAAN
4. GURU CEMERLANG SAINS - KPM
5. GURU CEMERLANG TMK 2009- JOHAN PP KE KEBANGSAAN
6. GURU INOVATIF (INDIVIDU) MOSTI-KPM 2013 - KETIGA


KEJURULATIHAN

2014
1. AEV Final Kebangsaan
2. First Lego League Malaysia Open
3. International Exposition & Education Research
4. NRC Penang State Level

2013

1. AEV PERINGKAT KEBANGSAAN (KELIMA)
2. FIRST LEGO LEAGUE , MALAYSIA OPEN
3. NRC PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG
4. KOREOGRAFER PROGRAM SAITAMA SCHOOL MALAYSIA JAPAN

2012
1. AEV PERINGKAT KEBANGSAAN


2008
1. PIDATO YAYASAN HARAPAN KANAK-KANAK - JOHAN PP
2. PERTANDINGAN EUREKA REEE 2006-2007-JOHAN PP KE KEBANGSAAN
3. MENULIS CERITA HARI GURU - JOHAN (L) & JOHAN (P) PP
4. KIDS WITNESS NEWS ANJURAN PANASONIC

2007- JOHAN PULAU PINANG KE KEBANGSAAN
7. ESEI KEUSAHAWANAN - MECD - NAIB JOHAN KEBANGSAAN